SEKOLAH MENENGAH TEKNIK BESUT, TERENGGANU
RANCANGAN TAHUNAN PENDIDIKAN ISLAM
TINGKATAN 5 TAHUN 2012
MINGGU | ABM/AKTIVITI | ||
1 (3 – 5 Jan) | Pengurusan dan memperkenalkan pelajar dengan tajuk-tajuk tingkatan 5 | ||
2 (8 – 12 Jan) | a. Tilawah al-Qur’an Surah / Ayat : At-Taubah / 6 Tajuk : Layanan Baik Terhadap Orang Bukan Islam i. Kepentingan memberi layanan baik ii. Kesan peperangan dan kedamaian iii. Pengajaran ayat b. Adab dan Akhlak Islamiah Tajuk: Adab Bermusafir i. Hukum musafir dan huraiannya ii. Adab bermusafir iii. Sebab-sebab perlunya bermusafir c. Amali Solat Doa ketika musafir | Aras 1 Pelajar dapat memberikan maksud ayat 6 surah at-Taubah. Aras 2 Pelajar dapat menyenaraikan hukum qalqalah. Aras 3 Pelajar dapat menghuraikan kesan peperangan kepada sesebuah negara Aras 1 Pelajar dapat menyebut hukum bermusafir. Aras 2 Pelajar dapat menerangkan adab-adab bermusafir. Aras 3 Pelajar dapat menghuraikan sebab-sebab perlunya bermusafir | - Radio kaset/vcd al-Qur’an - Penerangan - Perbincangan dalam kumpulan dan pembentangan - Membaca secara berkumpulan |
3 (15 – 19 Jan) | a. Akidah Tajuk : Mutiara Iman i. Pengertian iman ii. Iman bertambah dan berkurang iii. Ciri-ciri bertambah iman iv. Kemanisan iman b. Tokoh Islam Tajuk : Ibnu Sina i. Riwayat hidup ii. Pendidikan iii. Sumbangan c. Amali Solat Penghayatan doa selepas solat | Aras 1 Pelajar dapat menyatakan maksud iman dari aspek bahasa dan istilah.. Aras 2 Pelajar dapat menyenaraikan ciri-ciri orang yang bertambah imannya. Aras 3 Pelajar dapat menghuraikan cara-cara untuk mendapatkan kemanisan iman Aras 1 Pelajar dapat menyatakan nama sebenar tokoh Aras 2 Pelajar dapat menjelaskan riwayat hidup tokoh. Aras 3 Pelajar dapat menyenaraikan sumbangan tokoh terhadap umat Islam | - Penerangan - Perbincangan dan pembentangan - Membuat analisis - Kuiz - Folio dan pembentangan - Forum - Membaca secara berkumpulan |
4 (22 – 26Jan) | Hadis Rasulullah s.a.w Tajuk : Kehidupan di Dunia Ibarat Seorang Perantau i. Inti sari hadis ii. Kehidupan di dunia adalah sementara iii. Teknik pengurusan masa yang efektif iv. Bekalan hari akhirat b. Tajuk : Adab Bernegara i. Definisi negara ii. Adab-adab bernegara iii. Faedah Menjaga Adab Bernegara c. Amali solat Penghayatan doa selepas solat | Aras 1 Pelajar dapat menyebut inti sari hadis tersebut. Aras 2 Pelajar dapat menerangkan cara-cara pengurusan masa yang baik. Aras 3 Pelajar dapat menjelaskan kelebihan menyegerakan segala urusan kehidupan Aras 1 Pelajar dapat menyatakan definisi negara. Aras 2 Pelajar dapat menerangkan adab-adab bernegara. Aras 3 Pelajar dapat menyenaraikan langkah-langkah untuk menyelamatkan negara daripada ancaman musuh. | - Papan gulung dan marker pen - Perbincangan - Pembentangan - Bercerita - Simulasi - Senarai semak - Sumbang saran - Kajian perpustakaan - Kontekstual |
5 (29 Jan– 2 Feb) | a. Ibadah Tajuk : Perkahwinan Dalam Islam i. Konsep perkahwinan menurut Islam ii. Pengertian iii. Hukum-hukum iv. Galakkan berkahwin v. Hikmah perkahwinan vi. Implikasi perkahwinan yang tidak mengikut undang-undang keluarga Islam b. Amali solat Doa memohon keampunan untuk ibu bapa | Aras 1 Pelajar dapat menerangkan maksud perkahwinan. Aras 2 Pelajar dapat menjelaskan hukum perkahwinan. Aras 3 Pelajar dapat menyenaraikan langkah mengatasi perkahwinan yang tidak mengikut undang-undang keluarga Islam | - Penerangan dan memahami - ‘Ice Breaking’ - Membuat inferens - Penyelesaian masalah |
6 (5 – 9 Feb) | TOV | ||
7 (12 – 16 Feb) | a. Tilawah al-Qur’an Surah/Ayat :at-Taubah/128 dan 129 i. Hikmah Rasulullah s.a.w dipilih dari kalangan manusia. ii. Kasih sayang Rasulullah s.a.w terhadap umatnya iii. Peranan tawakal b. Tokoh Tajuk : Ibnu Khaldun Tokoh Sejarawan Ulung i. Riwayat hidup ii. Pendidikan iii. Sumbangan c. Amali solat pengahayatan Selawat | Aras 1 Pelajar dapat membaca surah at-Taubah ayat 128 dan 129 dengan baik. Aras 2 Pelajar dapat menyenaraikan inti sari yang terkandung dalam ayat tersebut. Aras 3 Pelajar dapat menghuraikan kepentingan tawakal dalam berdakwah. Pelajar dapat menghafaz ayat tersebut. Aras 1 Pelajar dapat menyebut nama sebenar tokoh Aras 2 Pelajar dapat menerangkan riwayat hidup tokoh Aras 3 Pelajar dapat menjelaskan sumbangan tokoh | - Talaqi dan musyafahah - Kaji selidik (hukum tajwid) - Sumbangsaran - Kuiz - Folio - Forum |
8 (19 – 23 Feb) | a. Akidah Tajuk : Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah i. Takrif Ahli Sunnah Wal Jamaah ii. Prinsip-prinsip akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah iii. Pandangan mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah terhadap beberapa isu b. Adab Tajuk : Adab Dengan Pemimpin i. Konsep kepimpinan ii. Adab rakyat dan ahli terhadap pemimpin iii. Kesan tidak taat kepada pemimpin c. Amali solat Doa selepas solat | Aras 1 Pelajar dapat menyatakan takrif Ahli Sunnah Wal Jamaah Aras 2 Pelajar dapat menjelaskan prinsip-prinsip akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Aras 3 Pelajar dapat menganalisis mazhab Syiah dan Khawarij Aras 1 Pelajar dapat menerangkan konsep pemimpin Aras 2 Pelajar dapat menghuraikan adab terhadap pemimpin. Aras 3 Pelajar dapat merumuskan kesan tidak taat kepada pemimpin. | - Membanding dan membezakan - Penyelidikan Perpustakaan |
9 (26 Feb – 1 Mac) | a. Tilawah al-Qur’an Surah/Ayat : an-Nur / 30 dan 31 Tajuk : Batas-batas Pergaulan i. Inti sari ayat ii. Kewajipan memelihara maruah dan kehormatan diri b. Tokoh Islam Tajuk : As-Sayyid Jamaluddin al- Afghani i. Riwayat hidup ii. Pendidikan iii. Sumbangan c. Amali solat Doa selepas solat | Aras 1 Pelajar dapat membaca surah an-Nur ayat 30 dan 31 dengan baik. Aras 2 Pelajar dapat menyenaraikan hukum nun dan mim musyaddah. Aras 3 Pelajar dapat menerangkan kepentingan menjaga maruah dan kehormatan diri. Aras 1 Pelajar dapat menyebut nama sebenar tokoh Aras 2 Pelajar dapat menerangkan riwayat hidup tokoh Aras 3 Pelajar dapat menjelaskan sumbangan tokoh | - Radio kaset/VCD - Gambar yang berkaitan - ‘Brain storming’ - Sumbang saran - Simulasi |
10 (4 – 8 Mac) | a. Ibadah Tajuk : Kaifiatnya Perkahwinan i. Pemilihan jodoh ii. Ciri-ciri bakal suami dan isteri iii. Wanita yang haram dikahwini iv. Peminangan v. Rukun, mahar, dan walimah urus b. Adab dan Akhlak Tajuk : Adab Berjihad i. Konsep Jihad ii. Kelebihan Berjihad iii. Peringkat Jihad iv. Adab-adab Berjihad c.Amali solat Doa untuk menuntut ilmu | Aras 1 Pelajar dapat menyebut ciri-ciri bakal suami dan isteri menurut Islam Aras 2 Pelajar dapat menyebut contoh Aras 3 Pelajar dapat mengklasifikasikan perempuan yang haram dikahwini. Pelajar juga dapat menerangkan maksud mahar dan walimah urus Aras 1 Pelajar dapat menyebut maksud jihad dan kelebihan berjihad Aras 2 Pelajar dapat menyenaraikan peringkat-peringkat jihad dan contoh-contohnya Aras 3 Pelajar dapat menjelaskan adab-adab berjihad | - Penerangan dan pemahaman - Sumbangsaran - Carta aliran - Senarai semak |
(11 – 15 Mac) | Cuti Pertengahan Penggal 1 | ||
11 (18 – 22 Mac) | a. Tamadun Islam Tajuk : i. Penyebaran Islam Pada Zaman Kerajaan Abasiyyah ii. Perkembangan Pendidikan Pada Zaman Kerajaan Abasiyyah iii. Perkembangan Sains dan Teknologi b. Amali solat Doa selepas solat | Aras 1 Pelajar dapat menceritakan penubuhan kerajaan Abasiyyah Aras 2 Pelajar dapat menyenaraikan faktor penyebaran Islam dan perkembangan pendidikan pada zaman Abasiyyah. Aras 3 Pelajar dapat menjelaskan kesan positif penyebaran Islam dan perkembangan pendidikan. | - Penerangan dan pemahaman - Sumbang saran - Kajian perpustakaan - Kontekstual |
12 (25 – 29 Mac) | a. Tilawah al-Qur’an Surah / Ayat : An-Nur / 35 Tajuk: Hidayah Allah i. Inti sari ayat ii. Golongan yang mendapat hidayah Allah iii. Cara mendapatkan hidayah Allah iv. Halangan memperoleh hidayah Allah v. Al-Qur’an sebagai mukjizat vi. Ilmu fardu ain dan kifayah b. Tokoh Islam Tajuk : As-Syeikh Muhammad Abduh Tokoh Agung Islah i. Riwayat Hidup ii. Pendidikan iii. Sumbangan c. Amali solat Doa selepas solat | Aras 1 Pelajar dapat membaca dan menyebut inti sari ayat. Aras 2 Pelajar dapat membuat analisis hukum tajwid dan menyenaraikan cara mendapatkan hidayah. Aras 3 Pelajar dapat mengklasifikasikan ciri-ciri golongan yang mendapat dan tidak mendapat hidayah Allah Aras 1 Pelajar dapat menyebut nama sebenar tokoh Aras 2 Pelajar dapat menerangkan riwayat hidup tokoh Aras 3 Pelajar dapat menjelaskan sumbangan tokoh | - Radio kasset – bacaan contoh - Papan gulung putih dan marker pen - Perbincangan dan pembentangan - Kajian perpustakaan |
13 (1 – 5 April) | a. Hadis Rasulullah s.a.w Tajuk : Orang Yang Beriman Kekasih Allah i. Inti sari Hadis ii. Wali Allah iii. Ancaman terhadap orang yang mengingkari risalah Rasulullah s.a.w iv. Orang yang melaksanakan tanggung jawab mendapat rahmat Allah v. Ciri-ciri orang soleh vi. Amalan-amalan sunat mendekatkan diri kepada Allah b. Adab dan Akhlak Tajuk : Adab Memelihara Alam i. Kepentingan Memelihara Alam ii. Punca Pencemaran Alam iii. Langkah-langkah Mengatasi Kerosakan Alam c. Amali solat Doa ketika melihat keindahan alam ciptaan Allah | Aras 1 Pelajar dapat membaca dan menyebut maksud tersebut Aras 2 Pelajar dapat menyenaraikan amalan sunat dan ciri-ciri orang soleh. Aras 3 Pelajar dapat mengaitkan antara perlaksanaan tanggung jawab dan rahmat Allah Aras 1 Pelajar dapat menjelaskan kepentingan memelihara alam Aras 2 Pelajar dapat menyenaraikan punca pencemaran Alam Aras 3 Pelajar dapat menerangkan langkah-langkah mengatasi kerosakan alam | - Bercerita - Perbincangan dalam kumpulan dan pembentangan - Simulasi - Folio dan pembentangan - Kajian perpustakaan |
14 (8 – 12 Apr) | a. Ibadah Tajuk : Tanggungjawab Suami Isteri - Tanggungjawab suami isteri dan bersama - Kesan pengabaian tanggungjawab terhadap keluarga dan pembangunan umat - Persiapan ke arah keluarga bahagia. b. Tokoh Islam Tajuk : Syeikh Tahir Jalaluddin Tokoh Pemikir Tanah Air i. Riwayat Hidup ii. Pendidikan iii. Sumbangan c. Amali solat Doa ketika guruh | Aras 1 Pelajar dapat mengetahui tanggungjawab suami isteri Aras 2 Pelajar dapat menyenaraikan tanggungjawab suami isteri Aras 3 Pelajar dapat menjelaskan kesan pengabaian tanggungjawab tersebut Aras 1 Pelajar dapat menyebut nama sebenar tokoh Aras 2 Pelajar dapat menerangkan riwayat hidup tokoh Aras 3 Pelajar dapat menjelaskan sumbangan tokoh | - Sumbang saran - Perbincangan - Forum - Pembelajaran secara koperatif - Mastery |
15 (15 – 19 Apr) | a. Akidah Tajuk : Ajaran Sesat i. Pengertian ii. Ciri-ciri ajaran sesat iii. Kesan buruk mengamalkan ajaran sesat iv. Langkah-langkah menangani ajaran sesat v. Contoh-contoh ajaran sesat b. Amali solat Doa ketika menziarahi orang sakit | Aras 1 Pelajar dapat menyebut pengertian ajaran sesat Aras 2 Pelajar dapat menyenaraikan ciri-ciri ajaran sesat Aras 3 Pelajar dapat menjelaskan langkah-langkah menangani ajaran sesat. | - . - |
16 (22– 26 Apr) | a. Tilawah al-Qur’an Surah/Ayat : an-Nur/35 Tajuk : Hidayah Allah i. Golongan yang mendapat hidayah Allah ii. Cara mendapatkan hidayah Allah iii. Al-Qur’an sebagai mukjizat iv. Ilmu fardu ain dan fardu kifayah b. Ayat Hafazan Surah an-Nur ayat 35 c. Amali solat Doa ketika mendengar musibah | Aras 1 Pelajar dapat menyebut maksud ayat Pelajar dapat membaca ayat dengan betul Aras 2 Pelajar dapat menyebut maksud hidayah bahasa dan istilah Pelajar dapat menghafaz ayat dengan baik Aras 3 Pelajar dapat menyenaraikan pengajaran ayat | - Penerangan dan pemahaman - Forum - Sumbang saran |
17 ( 29 Apr – 3 Mei ) | a. Ibadah Tajuk : Masalah Rumah tangga i. Talak ii. Rujuk iii. Idah b. Amali solat Doa ketika melihat keindahan alam | Aras 1 Pelajar dapat memberikan maksud talak, idah, dan rujuk Aras 2 Pelajar dapat menjelaskan rukun dan syarat Aras 3 Pelajar dapat menyenaraikan kesan talak, rujuk, dan idah | - Penerangan dan pemahaman - Forum - Sumbang saran |
18 – 20 (6 – 10 Mei) (13 – 17 Mei) (20 – 24 Mei ) | Peperiksaan Pertengahan tahun | ||
(27 Mei – 7 Jun) | Cuti Penggal 1 | ||
21 (10 – 14 Jun) | - Perbincangan soalan dan Jawapan soalan pendidikan Islam peperiksaan Pertengahan Tahun | ||
22 (17 – 21 Jun) | a. Tilawah al-Qur’an Surah / Ayat : as-Sajdah / 15 dan 16 Tajuk : Peribadi Mukmin i. Inti sari ayat ii. Ciri-ciri orang beriman iii. Jenis-jenis sujud iv. Pengajaran ayat b. Tamadun Islam Tajuk : Perkembangan Ekonomi Pada Zaman Kerajaan Bani Abbasiyyah c. Amali solat Doa ketika guruh | Aras 1 Pelajar dapat membaca ayat tersebut Aras 2 Pelajar dapat menyenaraikan sifat-sifat peribadi Muslim berdasarkan ayat tersebut Aras 3 Pelajar dapat menjelaskan jenis-jenis sujud dan bacaan semasa sujud-sujud tersebut Aras 1 Pelajar dapat menyebut sektor ekonomi pada zaman Abbasiyyah Aras 2 Pelajar dapat menyenaraikan sumber ekonomi pada zaman ini Aras 3 Pelajar dapat menjelaskan kesan perkembangan ekonomi | - Radio/kaset/VCD - Perbincangan dalam kumpulan dan pembentangan - Kuiz - Forum |
23 (24– 28 Jun ) | a. Ibadah Tajuk : Masalah Perkahwinan i. Nusyuz ii. Poligami iii. Zihar iv. Li’an b. Adab dan Akhlak Islamiah Tajuk : Adab Memelihara Alam Adab Memberi dan Menerima sedekah atau Hadiah c. Amali solat Doa selepas solat | Aras 1 Pelajar dapat memberikan maksud nusyuz, poligami, zihar, dan li’an Aras 2 Pelajar dapat menyenaraikan kesan nusyuz, poligami, zihar, dan li’an Aras 3 Pelajar dapat menjelaskan tindakan-tindakan yang perlu sekiranya berlaku nusyuz, zihar, dan li’an. Aras 1 Pelajar dapat menceritakan keindahan alam. Aras 2 Pelajar dapat menyenaraikan adab-adab tersebut Aras 3 Pelajar dapat menjelaskan kesan tidak menjaga adab-adab tersebut | - Banding beza - Senarai semak - Sumbang saran - Penerangan dan pemahaman |
24 (1 – 5 Jul) | a. Tamadun Islam Tajuk : Perkembangan Ketenteraan Pada Zaman Kerajaan Bani Abbasiyyah b. Tokoh Islam Tajuk : HAMKA Permata Nusantara i. Riwayat Hidup ii. Pendidikan iii. Sumbangan c. Amali solat Doa memohon rahmat dan pimpinan Allah | Aras 1 Pelajar dapat menjelaskan struktur organisasi ketenteraan Aras 2 Pelajar dapar menerangkan fungsi ketenteraan dalam menjaga keamanan negara Aras 3 Pelajar dapat menjelaskan kepentingan keselamatan untuk pembangunan dan kemajuan negara Aras 1 Pelajar dapat menyebut nama sebenar tokoh Aras 2 Pelajar dapat menerangkan riwayat hidup tokoh Aras 3 Pelajar dapat menjelaskan sumbangan tokoh | - Gambar-gambar yang berkenaan - Simulasi - Carta aliran |
25 (8 - 12 Jul) | a. Tamadun Islam Tajuk : Kegemilangan dan Kejatuhan Kerajaan Bani Abasiyyah b. Adab dan Akhlak Islamiah Tajuk : Adab Berniaga c. Amali Solat Doa memohon rahmat dan pimpinan Allah | Aras 1 Pelajar dapat menyebut faktor kegemilangan dan kejatuhan Kerajaan Bani Abbasiyyah Aras 2 Pelajar dapat menerangkan iktibar sejarah kegemilangan Bani Abasiyyah. Aras 3 Pelajar dapat menjelaskan iktibar dari sejarah kemerosotan Bani Abasiyyah. Aras 1 Pelajar dapat menjelaskan konsep berniaga menurut Islam Aras 2 Pelajar dapat menyenaraikan adab-adab berniaga Aras 3 Pelajar dapat menerangkan kepentingan beradab dalam berniaga | - Carta aliran - Sumbang saran - Folio dan pembentangan - Forum - Penerangan dan pemahaman |
26 (15 - 19 Jul) | a. Tilawah al-Qur’an Surah / Ayat:Al-Hasyr/ 21hingga 24 Tajuk : Kemuliaan Al-Qur’an i. Inti sari ayat ii. Keistimewaan al-Qur’an iii. Makhluk selain manusia tunduk dan patuh kepada Allah iv. Cara menghayati al-Qur’an v. Pengajaran ayat b. Ayat Hafazan Surah/ayat : al-Hasyr / 21 hingga 24 c. Amali Solat Doa memohon rahmat dan pimpinan dari Allah. | Aras 1 Pelajar dapat menyebut inti sari ayat Pelajar dapat membaca dengan betul dan lancar Aras 2 Pelajar dapat menyenaraikan keistimewaan al-Qur’an. Pelajar dapat menghafaz dengan betul Aras 3 Pelajar dapat menjelaskan cara menghayati al-Qur’an | - Radio/kaset/VCD - Penerangan dan pemahaman - Perbincangan dalam kumpulan dan pembentangan - Forum |
27 (22– 26 Jul) | a. Ibadah Tajuk : i. Kemahiran Keibubapaan ii. Undang-undang Keluarga Islam iii. Anak Amanah Allah b. Amali solat Doa bermusafir | Aras 1 Pelajar dapat menjelaskan konsep kemahiran keibubapaan, sejarah undang-undang keluarga Islam dan konsep penjagaan anak-anak. Aras 2 Pelajar dapat menerangkan cara melaksanakan tanggung jawab sebagai ibu bapa, struktur mahkamah Syariah, dan hukum mengambil anak angkat. Aras 3 Pelajar dapat menyenaraikan kesan pengabaian penjagaan anak-anak dan hukum hak hadhanah. | - Sumbang saran - Senarai semak - Kajian perpustakaan - Kuiz - Forum |
28 (29 Jul- 2 Ogos) | Ulang kaji / Latih Tubi | - Soalan-soalan latih tubi | |
29 (5 – 9 Ogos) | Pep.Percubaan SPM 2012 | ||
30 (12 – 16 Ogos) | Pep.Percubaan SPM 2012 | ||
(19 Ogos– 23) | Cuti Pertengahan Semester 2 | ||
31 (26 – 30 Ogo) | Perbincangan soalan percubaan | - Soalan peperiksaan percubaan | |
32 (2– 6 Sept) | a. Ulangkaji / Latih Tubi | - Soalan peperiksaan percubaan dari sekolah-sekolah luar | |
33 (9– 13 Sept) | a. Ulangkaji / Latih Tubi | - Soalan peperiksaan percubaan dari sekolah-sekolah luar | |
34 (16 – 20 Sept) | a. Ulangkaji / Latih Tubi | - Soalan peperiksaan percubaan luar | |
35 (23 – 27 Sept) | a. Ulangkaji / Latih Tubi | - Soalan peperiksaan percubaan luar | |
36 (30 sept– 4 Okt) | a. Ulangkaji / Latih Tubi | - Soalan peperiksaan percubaan luar | |
37 (7 – 11 Okt) | a. Ulangkaji / Latih Tubi | - Soalan peperiksaan percubaan luar | |
38 (14 – 18 Okt) | a. Ulangkaji / Latih Tubi | - Soalan peperiksaan percubaan luar | |
39 (21 – 25 Okt) | a. Ulangkaji / Latih Tubi | - Soalan peperiksaan percubaan luar | |
40 (28 Okt– 1 Nov | a. Ulangkaji / Latih Tubi | - Soalan peperiksaan percubaan luar | |
41 (4 – 8 Nov) | a. Ulangkaji / Latih Tubi | - Soalan peperiksaan percubaan luar | |
Peperiksaan Bertulis SPM/Cuti Akhir Tahun |
Disediakan oleh :
Siti Khatijah Bt Omar
SM Vokasional Besut
Kg Raja, 22200 Besut Terengganu
Siti Khatijah Bt Omar
SM Vokasional Besut
Kg Raja, 22200 Besut Terengganu
No comments:
Post a Comment