klik...

Tuesday, May 11, 2010

Tamadun Islam Tingkatan 5

BAB 1 KERAJAAN BANI ABBASIYYAH

1. Pengenalan Kerajaan Bani Abbasiyyah

a. Dinamakan sempena nama bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w, iaitu al-Abbas

b. Tujuan penubuhannya adalah untuk merealisasikan idea keturunan Bani Hasyim yang beranggapan tampok pemerintahan hanya layak disandang oleh keturunan mereka.

c. Diasaskan oleh Abu al-Abbas Abdullah as-Saffah atau dikenali sebagai as-Saffah

d. Diperintah oleh 37 orang khalifah dalam tempoh lebih 5 kurun, iaitu bermula pada tahun 132H/750M hingga 650H/1258M

e. Pusat pentadbiran : Baghdad

2. Struktur Kerajaan Bani Abbasiyyah

a. Sistemnya diadaptasi daripada sistem pentadbiran Kerajaan Parsi. Ini kerana ramai orang parsi yang memeluk Islam dan menjawat jawatan penting dalam pentadbiran.

b. Sistem pentadbiran Kerajaan Abbasiyyah :


Al-Khalifah

(Ketua Negara yang bertindak sebagai pemimpin tertinggi dalam wilayah Islam)

Ad-Dawawin

(Jabatan-jabatan kerajaan yang terletak di bawah pengawasan al-Kuttab/sekretariat.

Contoh jabatan pada zaman ini : jabatan audit, jabatan polis dan pertahanan


Al-Wazir

(Ketua pentadbir yang dibantu oleh menteri-menteri dan jabatan-jabatan kerajaan)

3. Khalifah-khalifah Yang Terkenal Pada Zaman Abbasiyyah

Khalifah

Biodata

Sumbangan

Abu al-Abbas Abdullah As-Saffah

· Memerintah selama 4 tahun 9 bulan

· Bermula tahun 132H/ 750M hingga 136H/754M

· Pengasas kerajaan

· Menghapuskan pemberontakan

Abu Jakfar al-Mansur

· Saudara kandung as-Saffah

· Memerintah selama 22 tahun, bermula 136H/ 754M hingga 158H/775M

· Baghdad sebagai ibu kota dan mem- bangunkannya.

· Memperbaiki sistem cukai

· Membuat saliran-saliran

· Menyediakan pasar

Harun ar-Rasyid

· Khalifah yang paling warak dan terkenal

· Memerintah selama 23 tahun 1 ½ bulan, bermula 170H/786M hingga 192H/ 809M.

· Mengarahkan Abu Yusof menulis buku tentang percukaian (al-Kharraj)

· Menubuhkan jawatan ketua hakim (Qadhi al-Qudhah)

· Menubuhkan Baitul Hikmah sebagai pusat perkembangan ilmu

· Menjadikan Baghdad sebagai pusat perdagangan, ilmu pengetahuan dan kebudayaan

· Membina prasarana: rumah sakit, farmasi dan pusat pengajian.

Al-Makmun

· Namanya : Abdullah Abu al-Abbas al-Makmun

· Putera Harun ar-Rasyid

· Memerintah selama 20 tahun, bermula 198H/813M hingga 218H/833M

· Menggiatkan usaha penterjemahan pelbagai bidang ilmu

· Menyediakan biasiswa kepada pelajar cemerlang

4. Faktor Penyebaran Islam Pada Zaman Abbasiyyah

Faktor Dalaman

Faktor Luaran

· Keinginan daripada penduduk setempat yang tertarik dengan Islam

· Galakkan khalifah yang menyediakan peruntukan khas dari baitul mal untuk para ulamak dan pendakwah

· Dasar kerajaan Abbasiyyah yang menyamakan kedudukan bangsa arab dan bukan arab

· Kedudukan Baghdad yang menjadi tumpuan dalam bidang keilmuan dan perdagangan antarabangsa

· Pembukaan wilayah baru

· Penggunaan bahasa arab secara meluas yang mendorong kepada pemahaman al-Qur’an dan al-Hadis

· Hubungan diplomatik antara kerajaan Abbasiyyah dengan negara-negara luar

· Usaha para pedagang Islam berdakwah menerusi aktiviti perdagangan mereka

5. Kesan Penyebaran Islam pada Zaman Abbasiyyah

Aspek

Huraian

Akidah

· Berubah daripada menyembah berhala / api (majusi) atau lembu (saibah) kepada menyembah Allah Yang Esa.

·Masjid menjadi tempat ibadah dan pusat dakwah

·Usaha-usaha ulamak memurnikan akidah Islamiyyah daripada falsafah Yunani Kuno, contohnya al-Ghazali dengan kitabnya Tahafut al-Falasifah

Ilmu Pengetahuan

·Pelbagai bidang ilmu yang baru diterokai kerana islam mewajibkan umatnya mempelajari ilmu fardu ain dan kifayah

·Prasarana yang disediakan oleh kerajaan juga mendorong kepada penerokaan ilmu baru

Kebudayaan

·Budaya asal mereka yang tidak bertentangan dengan Islam terus diamalkan

·Islam yang dianuti oleh pelbagai bangsa dan budaya ini telah membentuk budaya Islam yang berbentuk sejagat.

·Contohnya : seni bina masjid

Sistem Kemasyarakatan

·Penghapusan perhambaan dan penindasan

·Islam mengemukakan konsep keadilan sosial tanpa mengira bangsa atau warna kulit.

6. Bukti Kerajaan Abbasiyyah Mengamalkan Dasar Liberal Dalam Pemerintahannya.

a. Memberi peluang kepada orang bukan arab yang berkelayakan untuk menjawat jawatan yang penting dalam negara. Contohnya Yahya al-barmaki yang berbangsa Parsi telah dilantik sebagai perdana menteri.

b. Mengadakan hubungan diplomatik dengan negara-negara luar

c. Penganut agama lain diberikan kebebasan mengamalkan agama masing-masing serta mendapat layanan yang baik. Contohnya Kerajaan mengarahkan agar gereja yang telah dirobohkan dibina semula.

7. Semangat Jihad Umat Islam Pada Zaman Kerajaan Abbasiyyah

a. Memeprluaskan skop jihad yang mencakupi jihad di medan perang dan jihad dalam bidang ilmu pengetahuan untuk meneroka bidang-bidang baru.

b. Umat Islam telah berjaya meletakkan tamadun Islam hingga ke tahap yang lebih agung berbanding tamadun Rom dan Parsi

c. Bukti semangat jihad yang tinggi, umat Islam berjaya melebarkan empayar Islam hingga melebihi 2/3 keluasan dunia dan mengekalkan kerajaan Islam selama 13 kurun.

BAB 2 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN

1. Faktor Perkembangan Ilmu Pengetahuan

a. Usaha dan galakkan para khalifah

b. Aktiviti penterjemahan pelbagai bidang ilmu

c. Kestabilan politik dan kewangan

d. Dasar kerajaan yang memberi keutamaan kepada ilmu pengetahuan

e. Kreativiti ulamak

f. Islam menggalakkan umatnya supaya mengkaji

g. Hubungan diplomatik dengan negara-negara luar

h. Kedudukan Baghdad yang menjadi pusat keilmuan dan perdagangan antara bangsa

2. Institusi Pendidikan

Institusi

Huraian

Masjid

·Sebagai tempat ibadah juga dipenuhi dengan halaqah-halaqah ilmu

·Contoh: Masjid Jami’ al-Mansur – terkenal sebagai pusat penyebaran ilmu

Istana Khalifah

·Sebagai tempat ulamak bermuzakarah dan menyampaikan ilmu

Perpustakaan

·Baitul Hikmah adalah perpustakaan yang terkenal sebagai :

v Pusat pertemuan sarjana

v Pusat penterjemahan

v Pusat sumber

v Pusat penyelidikan ilmiah

v Pusat latihan

·Perpustakaan lain : Darul Hikmah di Kaherah, Mesir

Pusat Pengajian

·Antara yang terkenal : Madrasah an-Nizamiyyah(457H/1065M)

·Dibina oleh Nizam al-Muluk, salah seorang menteri berketurunan saljuk, meninggal tahun 485H/1092M

3. Bidang Ilmu Pada Zaman Kerajaan Bani Abbasiyyah

a. Ilmu Yang Berteraskan Wahyu

Bidang Ilmu

Tokoh dan Hasil Karya

Ilmu Tafsir

1. Yahya b Ziyad – penyusun ilmu tafsir yang pertama dalam kitabnya Ma’ani al-Qur’an

2. Ibnu Jarir at-Tabari – kitabnya : Tafsir at-Tabari

Ilmu Hadis

1. al-Bukhari – Sahih al-Bukhari

2. Imam Muslim – Sahih Muslim

3. Penyusun Kitab Sunan/al-Kutub as-Sittah:

a. Abu Dawud

b. At-Tirmidzi

c. An-Nasa’i

d. Ibnu Majah

Ilmu Fekah

1. Imam Abu Hanifah – Mazhab Hanafi

2. Imam Maik-Mazhab Maliki

3. Imam as-Syafie-Mazhab as-Syafie

4. Imam Ahmad b Hanbal – Mazhab Hanbali

Ilmu Tauhid

Perkembangan ilmu falsafah yang bersumberkan falsafah Yunani telah memberikan kesan buruk terhadap akidah umat Islam. Antara ulamak yang berusaha memurnikan akidah Islamiyyah :

  1. Imam Abu al-Hassan al-‘Asy’ari
  2. Imam al-Ghazali

b. Ilmu Yang Berteraskan Akal

Bidang Ilmu

Tokoh, Penemuan & Hasil Karya

Matematik

1. Muhammad b Musa al-Kharizmi

v Memperkenalkan sistem angka dalam abjad arab

v Memperkenalkan bilangan sifar (0)

v Algebra

v Buku : Hisab al-Jabri wa al-Muqabalah

Ilmu Falak

1. Al-Batani:

v Menemui cara mengukur jarak antara bumi dan matahari

v Jadual pergerakan bulan dan bintang

v Orang yang pertama mencipta alat pengukur sudut (astrolabe)

Ilmu Kimia

1. Jabir b Hayyan :

v Penemuan asid sulfurik

v Teori penghasilan petroleum dan alkohol

v Membaiki proses pembuatan kaca

Ilmu Fizik

1. Al-Hassan b al-Haitham

v Menghuraikan proses pembalikan cahaya pada retina

v Mencipta cermin mata

v Menjelaskan lapisan-lapisan mata serta proses penglihatan

v Menyukat kelajuan bunyi dan cahaya

Geografi

1. As-Syarif al-Idrisi

v Orang yang pertama menghasilkan peta dunia dalam bentuk globe

v Memberi ukuran yang tepat tentang keluasan muka bumi

Ilmu Perubatan

1. Ibnu Sina

v Menjelaskan kesan kuman dalam penyakit

v Menjelaskan teori jangkitan virus

v Mencipta ubat untuk penyakit kronik

v Mencipta picagari ubat bius dan benang khusus untuk menjahit luka pembedahan

4. Kepentingan Ilmu Pengetahuan

a. Kesepaduan ilmu antara fardu ain dan kifayah melahirkan umat yang kuat fizikal dan mental.

b. Untuk mencapai kejayaan dan kemajuan

5. Kesan Perkembangan Ilmu Abbasiyyah kepada Eropah

a. Perkembangan ilmu telah memberi kesan kepada Eropah hingga tercetusnya zaman Pembaharuan(Renaissance)

b. Perkembangan ini juga mendorong orang-orang Eropah untuk memulakan perlayaran mereka, terutamanya ke negara-negara Islam untuk mempelajari ilmu-ilmu yang baru diterokai.

c. Hasil karya umat Islam telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa, termasuklah bahasa Hebrew dan Latin.

BAB 3 PERKEMBANGAN SAINS DAN TEKNOLOGI PADA ZAMAN KERAJAAN ABBASIYYAH

1. Latar belakang Perkembangan

a. Pada zaman ini ramai cendekiawan dan saintis muslim muncul

b. Andalus dan Kota Sicily di Itali menjadi pusat tumpuan ilmuan.

c. Penguasaan sains dan teknologi berjaya dirampas daripada kuasa Rom, Parsi dan Yunani.

d. Penemuan-penemuan sains yang baru banyak diterokai.

2. Faktor Perkembangan Sains dan Teknologi

Faktor

Huraian

1. Aktiviti penterjemahan

v Aktiviti ini sangat giat dan terancang, dengan penubuhan Baitul Hikmah sebagai pusat penterjemahan negara.

v Antara tokoh : Yuhana b Masawaih dan Hunain b Ishak

2. Galakkan khalifah

1. Usaha khalifah untuk memajukan bidang sains dan teknologi:

1. Mengadakan seminar perubatan yang dihadiri oleh pakar perubatan dunia

2. Menyediakan peruntukan yang banyak untuk penyelidikan sains dan teknologi

3. membina pusat penyelidikan sains. Contohnya :

- al-Makmun membina balai cerap

- al-Muktasim membina makmal pembedahan yang pertama

2. Antara bukti kecintaan Khalifah terhadap ilmu:

1. Mereka pernah menerima kitab-kitab sebagai tebusan terhadap tentera Rom yang ditawan

2. Mereka juga menerima pembayaran jizyah dalam bentuk kitab

3. Globalisasi

ilmu

3. Perdagangan dan pembukaan wilayah baru membuka ruang yang luas untuk perkembangan ilmu

4. Sicily dan Andalus muncul sebagai pusat pengembangan ilmu

5. Di Andalus sahaja terdapat 700 buah masjid, 1 universiti, 70 buah perpustakaan yang menyimpan 500 ribu manuskrip

3. Kesan Penemuan Sains dan Teknologi

a Mengubah cara hidup dan status umat Islam

b Umat Islam hidup lebih maju daripada umat lain yang telah menguasai bidang sains dan teknologi sebelum ini, contohnya Rom dan Parsi

c Umat Islam dipandang tinggi dan disegani sehingga ramai orang bukan Islam yang tertarik untuk memeluk Islam.

4. Kepentingan Menguasai Ilmu Sains dan Teknologi

a Hari ini sains dan teknologi semakin mendominasi kehidupan manusia, sekiranya ketinggalan kita akan terkeluar dari arus perdana

b Untuk mengembalikan kegemilangan umat Islam dahulu, umat Islam hari ini perlu menguasai kecanggihan sains dan teknologi yang diadun mengikut Syariat

c Untuk menjadi umat Islam yang maju sama ada dari aspek spiritual atau material, mereka perlu mengintegrasikan ilmu fardu ain dan fardu kifayah.

BAB 4 PERKEMBANGAN EKONOMI ZAMAN KEMAJUAN KERAJAAN ABBASIYYAH

1. Kelebihan Baghdad sebagai pemangkin ekonomi :

a. Kedudukan yang strategik menjadi laluan perdagangan timur dan barat

b. Terdapat sebuah pasar yang dikenalisebagai ‘Suq Baghdad’ yang menjadi tumpuan para pedagang Parsi

c. Terdapat ladang-ladang pertanian dan perternakan serta sebuah pasar yang dikenali sebagai ‘Suq al-Baqar”

2. Sektor Ekonomi Yang Utama :

Sumber Utama

Huraian

Pertanian

v Usaha khalifah untuk memajukan pertanian :

a. membina saliran, melebarkan sungai dan terusan serta membuat empangan

b. membuka tanah pertanian baru

c. membuat penyelidikan dalam bidang pertanian

v Wilayah pertanian : Mesir, Syam, Iraq, Yaman, Maghribi, Khurasan dan Andalus

v Hasil pertanian :

Jenis

Hasil

Bijirin

Gandum, barli, beras

Buahan

Anggur,limau,kurma

Sayuran

Timun,kubis,tebu

Ternakan

Lembu,ayam,lebah

Perindustrian

v Jenis-jenis Industri

Jenis

Pengeluar

Tenunan, permaidani

Baghdad dan Asfahan

Pinggan mangkuk

Mesir dan Syam

Barangan kaca

Baghdad, Mesir dan Syam

Barangan kulit dan senjata

Mesir, Andalus dan Maghribi

Perhiasan dan batu permata

Yaman, Khurasan, dan Lubnan

Kertas

Iraq, Mesir dan Andalus

Perdagangan

v Faktor perkembangan:

1. pembukaan wilayah baru, maka banyak ruang pasaran

2. kemajuan pesat industri perkapalan

3. penghasilan kitab perniagaan sebagai galakkan.

4.

v Langkah untuk menggiatkan :

3. Sumber Kewangan Kerajaan Abbasiyyah

Sumber

Definisi

Zakat

Kadar harta yang dikeluarkan oleh orang Islam terhadap harta-harta tertentu yang mencukupi had minimum(nisab) menurut syarat-syarat tertentu.

Kharraj

Cukai tanah milik orang bukan Islam atau tanah milik orang Islam yang diperoleh dalam peperangan. Kadarnya adalah berdasarkan keadaan tanah

Ghanimah

Harta rampasan melalui peperangan. 80% diberikan kepada tentera Islam.

Fai’

Harta rampasan bukan melalui peperangan , contohnya apabila musuh menyerah kalah.

Jizyah

Bayaran yang dikenakan kepada orang bukan Islam yang mendiami Negara Islam.

‘Usyur

Cukai 10% yang dikenakan ke atas kapal dagangan bukan Islam yang menggunakan perlabuhan Islam untuk berdagang.

4. Baitul Mal

a. Definisi : insititusi kewangan terbesar Negara.

b. Struktur Organisasi :

c. Peranan Baitul Mal

v Pengurus sumber-sumber pendapatan negara

v Mengawal perbelanjaan negara

5. Kesan Pembangunan Ekonomi

a. Taraf hidup rakyat meningkat

b. Menyediakan banyak peluang pekerjaan

c. Pelbagai kemudahan asas untuk rakyat dapat disediakan

BAB 5 PERKEMBANGAN KETENTERAAN PADA ZAMAN KERAJAAN ABBASIYYAH

1. Pembaharuan Dalam Bidang Ketenteraan

a. Membuka keanggotaan tentera kepada orang bukan arab, contoh: turki dan parsi

b. Mengemaskini sistem pentadbiran dan struktur organisasi ketenteraan

c. Memberi gaji dan imbuhan yang lumayan kepada tentera.

2. Struktur Organisasi

Diwan al-Jund(Jabatan Pertahanan)

Tugas : Merekod data lengkap tentang gaji, imbuhan, dan pangkat bagi tentera laut dan darat dan Menguruskan hal ehwal pertahanan negara

Bahagian

Tugas

Majlis at-Taqrir (Bahagian Kewangan

Menguruskan hal-hal gaji dan imbuhan, pengurusan ketenteraan dan perbelanjaan.

Majlis al-Muqabalah (Bahagian Latihan)

Menguruskan pengambilan dan latihan kepada tentera baru

Al-Massahun (Bahagian Peninjau)

Membuat panduan dan nasihat topografi

Diwan at-Tasnif (Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)

Menguruskan kenaikan pangkat dan penyusunan tentera mengikut pasukan.

Penyusunan tentera :

1. Pasukan pengawal khalifah

2. Pasukan bergaji tetap

3. pasukan sukarelawan

Diwan al-‘Ardh (Depot Simpanan)

Menguruskan setor dan kelengkapan persenjataan

Al-Jawasis (Bahagian Perisikan)

Mengintip kekuatan dan kedudukan musuh serta tahap kesetiaan tentera Islam

Dairah al-Muhanddisin (Bahagian Kejuruteraan)

Bertanggung jawab dalam pembinaan kem-kem tentera dan kubu pertahanan

Al-Bahriyyah (Bahagian Tentera Laut)

Mengawasi perairan, kerja-kerja pembinaan kapal perang dan penyusunan angkatan tentera

3. Fungsi Ketenteraan

Tugas Utama

Tugas Bantuan

1. Mempertahankan sempadan negara daripada pencerobohan luar

2. menentang musuh negara

3. menghadapi sebarang keadaan darurat

1. Membantu pihak polis dan pihak berkuasa awam dalam memelihara ketenteraman awam dan operasi anti keganasan.

2. membantu pihak berkuasa awam dalam bantuan mala petaka dan pembangunan negara.

4. Faktor Kejayaan Tentera Islam

a. Dasar ketenteraan yang terbuka kepada semua bangsa

b. Pemimpin yang berkaliber yang memberi perhatian terhadap kebajikan tentera, contohnya gaji dan imbuhan yang lumayan

c. Peralatan ketenteraan yang canggih – pedang, lembing, panah, manjanik (ballista), dabbabah (kayu pelantak) barud (gun powder) dan kapal perang.

d. Strategi peperangan yang berkesan, termasuklah membahagikan tentera kepada 5 ketumbukan (al-karadis)

e. Keimanan dan semangat jihad tentera Islam yang tinggi.

5. Struktur Pasukan Tentera Islam Zaman Abbasiyyah

a. Al-Amir (Laksamana)

b. Al-Qa’id (Panglima Perang)

c. An-Naqib (Kapten)

d. Al-‘Arif (Koperal)

6. Kepentingan Keselamatan Untuk Pembangunan dan Kemajuan Negara

a. Pembangunan negara dapat dilaksanakan.

b. Perkembangan ekonomi yang menggalakkan.

c. Mengelakkan daripada ancaman musuh dan penjajahan.

d. Negara mencapai tahap kemajuan yang memberangsangkan.

BAB 6 KEGEMILANGAN DAN KEJATUHAN KERAJAAN ABBASIYYAH

1. Faktor Kegemilangan:

Faktor

1. Kestabilan Politik

· menghapuskan pemberontakan

2. Dasar politik Kerajaan Abbasiyyah

· Layanan adil kepada semua rakyat

· Hubungan diplomatik

3. Kedudukan Kota Baghdad yang strategik

· Tengah laluan pedagang timur dan barat

· Tempat pertemuan para cendekiawan

4. Perpaduan antara kaum

5. Penghayatan konsep kerja sebagai ibadah

2. Faktor Kemerosotan Kerajaan Abbasiyyah

1. Kelemahan pemerintahan Kerajaan

· Khalifah menyerahkan kuasa kepada pegawai Turki

2. Perpecahan wilayah-wilayah dalam kekuasaan Kerajaan

· Politik dikuasai oleh Turki dan Parsi, mereka mengambil peluang untuk membina kerajaan sendiri

3. Perebutan Kuasa

· Memberi peluang kepada pegawai/menteri Turki untuk menguatkan kedudukan

4. Kegawatan ekonomi

· Negara tidak stabil mendorong pedagang ke tempat yang lebih selamat.

5. Perselisihan aliran fahaman keagamaan

· Pemberontakan Khawarij dan Syiah

6. Serangan dari luar

· Serangan dari Georgia dan Armenia

· Dari sebelah barat: menghadapi tentera salib

· Serangan Moghul di bawah pimpinan Hulagu Kgan pada 656H/1258M

3. Iktibar dari sejarah kegemilangan Kerajaan Abbasiyyah :

a. Kemajuan yang dicapai hari ini adalah hasil daripada sumbangan umat Islam pada zaman Kerajaan Abbasiyyah.

b. Orang-orang barat telah memindahkan penemuan umat Islam dalam pelbagai bidang ke negara mereka dan menterjemahkannya ke dalam bahasa mereka.

c. Umat Islam perlu mengembalikan semua kegemilangan Islam dengan belajar bersungguh-sungguh dan menjadi pakar dalam semua bidang.

4. Iktibar dari sejarah kegemilangan Kerajaan Abbasiyyah :

a. Umat Islam perlu bersatu padu untuk menyelamatkan negara dari ancaman musuh.

b. Aliran fahaman yang berbagai membawa kepada perpecahan dan melemahkan umat Islam

c. Keselamatan dan kestabilan negara adalah tanggung jawab kita bersama.

5. Peranan Generasi Hari ini.

a. Mengembalikan kegemilangan umat Islam yang pernah dicapai

b. Bersungguh menuntut ilmu dan meningkatkan pembangunan diri dan agama.

c. Mengamalkan akhlak yang mulia dalam kehidupan seharian.

d. Mengamalkan cara hidup Islam

1 comment: