klik...

Tuesday, May 11, 2010

adab tingkatan 4

BAB 1 AKAL CAHAYA HIDUP

1. Keperluan akal:

  1. Membezakan antara manusia dan haiwan
  2. Berfikir, berusaha dan mereka cipta untuk meningkatkan taraf hidup
  3. Menjadikan manusia makhluk yang lebih istimewa.

2. Berfikir berlandaskan wahyu/syariat:

  1. Akal manusia terbatas terutamanya tentang perkara ghaib yang dapat diketahui melalui wahyu.
  2. Membezakan antara hak/kebenaran dan batil
  3. Tindakan yang lebih rasional
  4. Supaya tidak terkeluar dari Islam.

3. Adab berfikir:

a. Bersumberkan:

i Wahyu dan syariat Islam

ii Akal fikiran

iii Bukti-bukti kajian saintifik

iv Maklumat dan fakta yang benar dan tepat

v Matlamat yang jelas

4. Cara berfikir:

  1. Mengetahui tujuan berfikir
  2. Mengetahui cara mencapai matlamat
  3. Mengetahui risiko yang akan berlaku
  4. Mengetahui tujuan berfikir
  5. Mengetahui perkara yang difikirkan
  6. Mengetahui batas dan kemampuan akal

5. Hikmat berfikir:

  1. Memantapkan iman
  2. Menyedari kekuasaan Allah
  3. Dihormati dan disanjungi
  4. Proaktif dan berdaya maju
  5. Boleh menyelesaikan masalah dengan cepat dan berkesan
  6. Menceburi bidang baru dan bermanfaat
  7. Menghindari perkara khurafat
  8. Menghindari perkara negatif.

BAB 2 ADAB BERHIAS DIRI

1. Tujuan berhias diri :

  1. Selaras dengan fitrah
  2. Menzahirkan nikmat Allah
  3. Mensyukuri nikmat Allah

2. Adab-adab berhias diri:

  1. Mandi
  2. Bersugi/menggosok gigi
  3. Memakai bauan – sunat bagi lelaki, haram bagi perempuan ketika keluar rumah/bersama dengan bukan muhram.
  4. Menyikat rambut
  5. Memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan bulu ari-ari
  6. Menghias muka
  7. Cara berpakaian – cantik, kemas dan menutup aurat.

3. Panduan berpakaian menurut Islam :

a. Niat ikhlas kerana Allah

b. Bukan untuk berbangga

c. Menutup aurat

d. Tidak jarang

e. Tidak ketat

f. Tidak menyerupai pakaian upacara agama lain

4. Amalan-amalan berhias yang dilarang:

  1. Emas dan sutera tulen bagi lelaki
  2. Berpakaian berlawanan jantina
  3. Menyambung rambut/memakai rambut palsu
  4. Membuat tatu
  5. Pembedahan anggota badan untuk kecantikan, juga mengubah suai anggota badan, contoh mencabut bulu kening adalah haram.

* berkuku panjang bertentangan dengan ajaran Islam

5. Hikmat berhias diri:

  1. Disukai oleh Allah dan manusia
  2. Menjauhkan diri daripada kehinaan
  3. Menjaga maruah diri dan agama
  4. Mendapat pahala kerana menzahirkan nikmat Allah.

BAB 3. ADAB MENJAGA ORANG SAKIT

1. Hukum menjaga dan menziarahi orang sakit : fardu kifayah

2. Tuntutan menjaga orang sakit :

Hadis Rasulullah s.a.w bermaksud :

“Tanggung jawab seorang Muslim kepada Muslim yang lain ada lima perkara :

ii. Menjawab salam

iii. Menziarahi orang sakit

iv. Mengiringi jenazah ke tanah perkuburan

v. Memenuhi jemputan

vi. Mendoakan orang yang bersin”

3. Adab menjaga orang sakit :

Aspek

Huraian

Rohani

i. Memberi peringatan bahawa sakit itu ujian Allah

ii. Menasihati agar bersabar dan tabah

iii.Mengingatkan tentang solat lima waktu

iv. Membantu menjalankan kewajipan terhadap Allah

v. Mengingatkannya agar sentiasa mengingati Allah

Emosi

i. Tutur kata dan bahasa lemah lembut

ii. Memahami keperitan/kesakitan pesakit

iii.Melayan dengan mesra

iv.Sabar mendengar rungutan dan tingkah laku pesakit

Fizikal

i. Memastikan kebersihan

ii. Menghantar ke tempat rawatan yang sesuai

iii.Mengingatkan supaya makan ubat

iv.Memberikan kerehatan yang cukup

v. Bertanya tentang keinginan/keperluan.

4. Hikmat beradab ketika menjaga orang sakit:

  1. Mewujudkan ikatan silaturahim
  2. Meringankan penderitaan pesakit
  3. Memenuhi tanggung jawab
  4. Menegakkan syiar Islam
  5. Melahirkan sifat prihatin
  6. Memberikan keinsafan supaya mensyukuri dan menjaga kesihatan diri

4. ADAB AMAR MAKRUF DAN NAHI

MUNKAR

1. Definisi :

  1. Amar Makruf : Mengajak , menyuruh atau menyeru supaya melakukan kebaikan.

  1. Nahi Munkar : Mencegah atau menghalang daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh syarak.

2. Hukum : wajib

3. Sifat pendakwah :

  1. Berilmu
  2. Beramal dengan ilmu
  3. Berakhlak mulia

4. Adab Amar Makruf dan Nahi Munkar

  1. Cara berhikmah
  2. Mauizah hasanah/nasihat yang baik
  3. Berbincang dengan cara yang baik

5. Cara amar makruf dan nahi munkar Rasulullah s.a.w

  1. Memilih masa dan tempat yang sesuai
  2. Secara diplomasi
  3. Meninggalkan perkara yang tidak memudaratkan untuk kemaslahatan yang lebih besar
  4. Memberi hadiah kepada orang yang baru berjinak-jinak dengan Islam
  5. Melembutkan hati dengan kata-kata, perbuatan dan muamalah yang baik
  6. Memberi kemaafan
  7. Menceritakan sesuatu berdasarkan kisah-kisah umat terdahulu.

6. Hikmat:

  1. Hukum dan syariat Allah dapat ditegakkan
  2. Menghapuskan kemungkaran dan gejala sosial
  3. Pembangunan negara berjalan lancar
  4. Ekonomi bertambah baik
  5. Keselamatan terjamin
  6. Mengangkat martabat Islam
  7. Memelihara maruah, harta, keturunan dan hak individu dan awam.

7. Kesan/Akibat tidak melakukan amar makruf dan nahi munkar

  1. Umat Islam akan mundur dan dipandang hina.
  2. Kemungkaran dan gejala sosial akan berleluasa.
  3. Negara akan mundur dan pembangunan tidak dapat dijalankan.
  4. Mendapat bala/azab daripada Allah SWT

5. ADAB DI TEMPAT REKREASI

1. Definisi rekreasi :

Kegiatan menyeronokkam yang boleh menyegarkan kembali kesihatan badan

2. Kategori :

1. Aktif

2. Pasif

Def.: Aktiviti lasak yang melibatkan ketahanan fizikal dan mental

Def.: Tidak memerlukan tenaga fizikal dan pergerakan yang banyak

Contoh : mendaki, berkuda

Contoh : bersiar-siar, berkelah

3. Faedah :

Aspek

Jangka Pendek

Jangka Panjang

Fisiologi

*menguatkan stamina

*mengimbangi mental

*mengeluarkan peluh

*ketahanan daripada serangan penyakit

*memantapkan kecergasan badan

*menguatkan antibodi

Psikologi

*menenangkan fikiran

*mengurangkan tekanan perasaan

*badan lebih ceria

*otak lebih cergas

*minda lebih aktif

*cepat bertindak

Sosiologi

*semangat kerjasama

*memupuk perpaduan

*menguatkan silaturrahim

*individu aktif

*masyarakat sejahtera

*negara maju

4. Adab berekreasi :

  1. Menutup aurat
  2. Menjaga pergaulan antara lelaki dan perempuan
  3. Aktiviti yang tidak bertentangan dengan syarak
  4. Menjaga harta awam
  5. Mematuhi peraturan yang ditetapkan
  6. Menjaga kebersihan
  7. Menjaga alam semula jadi
  8. Menghormati pengunjung lain/tidak mengganggu orang lain.

5. Ciri-ciri tempat rekreasi yang baik

Aspek

Contoh

Kemudahan Fizikal

*Musalla, tempat berwuduk

*tandas/bilik air

*tempat istirahat dan penginapan

*kawasan letak kereta, jalan raya dan telefon awam

Keselamatan

*alat pemadam api

*penguat kuasa undang-undang

*peraturan jelas dan tidak berbahaya

Keistimewaan

*pemandangan/landskap yang cantik

*kedai/gerai

*sesuai untuk semua aktiviti-lasak/ringan, perseorangan/berkumpulan, kanak-kanak/remaja dan orang dewasa

*kawasan khas bagi wanita

6. Perbuatan tidak beradab di tempat rekreasi:

  1. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan bukan muhram
  2. Pendedahan aurat
  3. Tidak menjaga kebersihan dan mencemarkan alam semula jadi.
  4. Merosakkan harta awam/vandalisme

7. Strategi pengawalan :

  1. Mengenakan denda yang setimpal
  2. Penguatkuasaan undang-undang
  3. Mengadakan rondaan secara kerap
  4. Mengadakan kempen kesedaran, mengedarkan risalah.

8. Hikmah beradab di tempat rekreasi :

  1. Mendapat keredaan Allah
  2. Memupuk silaturahim antara pengunjung
  3. Melahirkan masyarakat yang cintakan alam sekitar
  4. Mengekalkan warisan alam untuk dinikmati generasi akan datang
  5. Menghindar perkara mungkar
  6. Menyelamatkan harta awam

6. ADAB MENJAGA KEMUDAHAN

AWAM

1. Definisi kemudahan awam:

Kemudahan yang disediakan oleh pihak tertentu untuk kegunaan orang ramai

Contoh : telefon awam, dewan orang ramai

2. Adab menjaga kemudahan awam

  1. Menggunakannya mengikut peraturan
  2. Bertimbang rasa dengan pengguna lain
  3. Melaporkan kerosakan
  4. Gunakan mengikut keperluan tanpa pembaziran
  5. Bertanggung jawab terhadap keselamatan kemudahan awam

3. Kepentingan/faedah kemudahan awam

Individu

*kemudahan kepada golongan kurang mampu

*menjamin kesejahteraan hidup

*membantu ketika kecemasan

*menjimatkan perbelanjaan

Masyarakat

*menjalin hubungan silaturahim

*menjalin semangat perpaduan

*memupuk sikap toleransi

Negara

*menarik pelancong

*menjimatkan peruntukan kewangan

*meningkatkan ekonomi

4. Penyalahgunaan kemudahan awam

a. Menggunakan paip bomba untuk kegunaan peribadi

b. Membuat panggilan palsu kepada pihak polis/bomba

c. Membuang sampah merata-rata

d. Menconteng papan-papan tanda

5. Tanggung jawab menjaga kemudahan awam.

a. Perbuatan merosakkan kemudahan awam adalah satu jenayah dan berdosa serta dimurkai oleh Allah.

b. Orang yang sering melakukan vandalisme disebut sebagai al-mufsidun ( )

c. Kesan vandalisme :

i Menyusahkan orang lain

ii Dibenci oleh Allah dan masyarakat sekeliling

iii Menjatuhkan imej negara

iv Kerajaan mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk membaik pulihnya.

6. Cara meningkatkan tanggung jawab menjaga kemudahan awam:

a. Kempen kesedaran

b. Menguatkuasakan undang-undang

c. Menerapkan pendidikan awal kepada kanak-kanak dalam menghargai kemudahan awam.

7. ADAB MENZIARAHI JENAZAH

1. Adab menziarahi jenazah

a. Berdoa supaya jenazah mendapat keampunan Allah

b. Menunaikan solat jenazah

c. Memberi pertolongan kepada keluarga jenazah dalam urusan pengkebumian

d. Melahirkan perasaan dukacita kepada waris

e. Mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan perasaan dukacita keluarga jenazah

f. Mengingatkan supaya bersabar atas ujian Allah

g. Mengucapkan takziah tidak melebihi 3 hari

h. Membanyakkan membaca al-Qur’an dan berdoa sebelum jenazah dikebumikan

2. Perkara yang dilarang ketika menziarahi jenazah

a. Merasa kesal , meratap/meraung

b. Membebankan keluarga jenazah dengan permintaan yang mereka tidak mampu

c. Membuat perkara yang menyinggung perasaan keluarga jenazah (mengumpat atau bergurau senda)

d. Tidak redha dengan taqdir Allah

# haram meratap/meraung-raung serta merobek-robekkan pakaian, kerana perbuatan ini boleh menyiksa diri mayat dalam kubur.

3. Hikmah menziarahi jenazah

d. Dapat mengeratkan silaturahim dengan keluarga jenazah

e. Mengurangkan tekanan emosi keluarga yang kehilangan ahlinya

f. Memberi keinsafan – kematian adalah sebahagian daripada qadak Allah yang perlu diterima

g. Dapat menunaikan hak sebagai seorang muslim ke atas muslim lain

8. ZIKRULLAH PENGUBAT HATI

1. Definisi berzikir :

Mengingati Allah dengan hati, lisan dan perbuatan

2. Adab berzikir :

a. Menyebut lafaz zikir dengan betul dan memahami maksudnya

b. Berzikir dalam keadaan bersih dan suci daripada hadas

c. Zikir dengan lafaz yang terdapat dalam nas al-Qur’an atau as-Sunah

d. Merasa kehebatan kekuasaan dan keagungan Allah

e. Menggunakan suara perlahan

f. Perbanyakkan zikir ketika suasana genting

g. Berzikir menggunakan lafaz tertentu mengikut keadaan dan tempat

h. Tidak berzikir semasa qadak hajat

3. Sebab perlu beradab ketika berzikir

a. Tidak mengganggu orang lain

b. Untuk mencapai kesempurnaan ibadah

c. Selaras dengan sunah Rasulullah s.a.w

d. Supaya diterima oleh Allah SWT

e. Berdisiplin dalam beribadah

4. Hikmah beradab ketika berzikir

a. Dikasihi oleh Allah

b. Mendapat ketenangan jiwa

c. Mendidik jiwa supaya sentiasa ingatkan Allah

d. Mendapat pahala

5. Kerugian orang yang tidak berzikir

a. Terdedah kepada perkara yang dimurkai Allah kerana mudah dikuasai oleh syaitan dan sukar mengawal nafsu

b. Lupa kepada tanggung jawab terhadap agama

c. Berada dalam keadaan gelisah

9. ADAB DENGAN RASULULLAH S.A.W

1. Adab dengan Rasulullah s.a.w

Bil

Adab

Huraian

a

Berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w

v Bagi menunjukkan rasa kasih kepada Baginda.

v Untuk memberi ucapan selamat bagi menghormati Baginda.

v Antara adabnya : berselawat dengan suara yang sederhana tidak terlalu nyaring.

b

Tawadhuk dan bersopan santun

v Dilarang meninggikan suara ketika hayat Baginda

v Setelah wafat kita hendaklah tawadhuk dan bersopan ketika hadis Rasulullah s.a.w dibacakan

c

Menziarahi maqam Rasulullah s.a.w

v Semasa menunaikan ibadah haji atau umrah, kita disunatkan menziarahi maqam Baginda yang terletak di Masjid Nabawi di Madinah

v Maksud hadis :

“Sesiapa yang menziarahi aku selepas kewafatanku seolah-olah dia menziarahiku semasa hidupku”

d

Mengasihi para Sahabat Baginda

v Sahabat Rasulullah : Mereka yang memeluk Islam dan sempat berjumpa dengan Nabi Muhammad s.a.w ketika hayanya walaupun seketika dan meninggal dunia dalam keadaan beragama Islam

v Mereka mendapat didikan secara langsung daripada Rasulullah

v Mereka mencintai Rasulullah melebihi cintakan diri sendiri

v Kita tidak boleh mencaci atau memandang rendah pendapat mereka.

e

Beriltizam dengan sunah Rasulullah s.a.w

v Kita dikehendaki mengikut segala sunah, sama ada perbuatan, perkataan, hukum, sikap dan pandangan Rasulullah s.a.w.

v Kita hendaklah memastikan setiap amalan kita selari dengan ajaran Islam untuk mengelakkan daripada ditolak amalan kita.

2. Tingkah laku tidak beradab dengan Rasulullah s.a.w

a. Tidak mentaati perintah Rasulullah s.a.w

b. Bercakap-cakap atau berbuat bising semasa menziarahi maqam Baginda

c. Tidak mengucapkan selawat ketika nama Baginda disebut

d. Tidak menghormati Sahabat Baginda

3. Hikmah beradab dengan Rasulullah s.a.w

a. Orang yang mengasihi Rasulullah s.a.w akan dikasihi Allah

b. Orang yang mengamalkan sunahnya akan mendapat kesejahteraan hidup di dunia dan keredaan Allah di akhirat

c. Beradab kepada Rasul mendorong kita mengamalkan sunahnya.

d. Melahirkan insan beradab sesama makhluk

e. Mendapat rahmat dan keampunan Allah.

4. Kerugian orang yang tidak melakukan sunah Rasulullah s.a.w

a. Tidak berpeluang menerima syafaat daripada Rasulullah s.a.w di akhirat kelak.

b. Merosakkan iman seseorang

c. Tidak berpegang dengan sunah Rasulullah bererti tidak berpegang dengan ajaran Allah.

d. Terhapus pahala atas kebaikan yang dilakukannya.

Text Box: Saidina Ali karramallahu wajhah :  “Sesiapa yang ingin cemerlang di dunia, hendaklah memiliki ilmu.  Sesiapa yang mahu cemerlang di  akhirat, hendaklah memiliki ilmu.  Sesiapa yang angin cemerlang kedua-duanya (dunia dan  akhirat) juga perlu memiliki ilmu”

5 comments: