klik...

Wednesday, April 6, 2011

Tayammum..

Soalan 1 :
Seseorang yang terlibat dalam kemalangan jalan raya sehingga menyebabkan kecederaan yang teruk pada anggota kakinya, berbalut dan tidak boleh kena air. Bagaimana caranya untuk berwuduk.

Jawapan :
Dia hendaklah berwuduk seperti biasa pada anggota badan yang tidak mendatangkan bahaya jika terkena air.  Manakala bahagian yang berbalut atau yang mendatangkan mudarat kalau terkena air, boleh diganti dengan tayammum.  Ini berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w, sila rujuk kitab Sunan Abu Daud dalam bab : Tayammum.

Soalan 2:
Bagaimana pula jika selesai dia solat dengan tayammum tadi, balutan pada anggota wuduk tadi dibuka dan boleh pula kena air.  Adakah dia perlu ulang semula solatnya?

Jawapan :
Jika waktu solat fardu itu masih panjang, wajiblah dia berwuduk dan mengulangi solatnya.  Jika waktu solat tersebut sudah tamat, wajib dia berwuduk untuk solat yang seterusnya....wallahu 'alam

Rujukan :
Soal jawab solat 2...ustaz Rohidzir Rais
Bimbingan Penghayatan dan Kesempurnaan Solat...ustaz Johari Yaman

1 comment:

  1. Jika salah satu dari anggota wuduk berbalut sebab tercedera. Adakah sudah memadai dengan tayaamum saja utk mengerjakan solat?

    ReplyDelete