klik...

Wednesday, March 9, 2011

hukum menonton wayang gambar..

Soalan :
Saya nak tahu, apakah hukum menonton wayang? Ada orang kata ia HARAM kerana ia merupakan tempat yang bercampur dengan maksiat. Contoh pergi menonton wayang besama isteri filem Cicak Man. Bagaimana pula jika membeli DVD Cetak Rompak, dengan alasan bahawa menonton wayang adalah HARAM. Boleh sahabat al-ahkam huraikan.
Jawapan:
Kami akan menjawab soalan ini dengan kadar yang termampu, Insyaallah.
Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi pernah ditanyakan mengenai hukum menonton filem di pangung wayang, jawab beliau :
لا شك أن (السينما) وما ماثلها أداة هامة من أدوات التوجيه والترفيه، وشأنها شأن كل أداة فهي إما أن تستعمل في الخير أو تستعمل في الشر، فهي بذاتها لا بأس بها ولا شيء فيها، والحكم في شأنها يكون بحسب ما تؤديه وتقوم به.
وهكذا نرى في السينما: هي حلال طيب، بل قد تستوجب وتطلب إذا توفرت لها الشروط الآتية:
“Tidak syak lagi bahawa panggung wayang merupakan satu alat dari alat-alat pengarahan(directing) dan hiburan(entertainment), maka hal-ehwal (aktiviti) setiap alat ini dilihat samada digunakan untuk kebaikan atau keburukan. Maka ia diterima, dan tidak adalah masalah keatasanya. Maka hukum aktivitnya adalah menurut apa ia ambil dan lakukannya.
Oleh itu, hukum menonton wayang boleh jadi harus dan dibenarkan oleh Islam.Tetapi dalam situasi lain, menonton wayang juga boleh menjadi haram hukumnya.  
Sudah pastilah hukum yang harus itu, mesti menepati syarat-syarat .  
Jika syarat ini dapat dipatuhi, maka menonton wayang tidaklah di larang. Dr Ahmad Syarabasi mengatakan bahawa ia boleh dijadikan untuk memunafaatkan umat keseluruhannya, seperti menegakkan agama dan menunjukkan akhlak yang baik.


Syarat-syaratnya pengharusannya:-
1. Tajuk dan isinya tidak boleh bertentangan dengan Aqidah Islam, Akhlak dan Syariah. Ia tidak boleh mengandungi unsur seks, mengajak kepada jenayah, ajaran sesat dsbnya.
2. Menonton wayang tidak menghalang seseorang itu dari melakukan perkara wajib, seperti solat 5 waktu. Tidak boleh seseorang itu meninggalkan solat wajib, contohnya Maghrib semata-mata untuk menonton wayang. al-Quran memberi amaran keras kepada sesiapa yang berpaling dari mengingati Allah.
3. Elak daripada pergaulan bebas  diantara lelaki dan perempuan yang ajnabi (orang luar), elak dari fitnah dan juga bersyubhat, lebih-lebih lagi menonton didalam keadaan gelap.
——–
 Tetapi jika sekiranya syarat-syarat tersebut tidak dipenuhi atau berlaku penyalahgunaan yang boleh menggalakkan jenayah, seks, tekanan psikologi, etika dan korupsi sosial didalam masyarakat, maka hukumnya adalah haram dan dilarang.
Sekian, wassalam

link:

No comments:

Post a Comment