1.      Konsep Perkahwinan Dalam Islam:
a. Selaras dengan fitrah manusia yang memerlukan pasangan
b. Mendapatkan zuriat yang soleh
c.       Memupuk sikap tanggung jawab
2.      Pengertian Perkahwinan 
a.       Bahasa : Cantum /himpun
b.      Istilah Syarak : 
Akad yang menggunakan lafaz nikah atau bahasa yang membawa maksud nikah untuk menghalalkan persetubuhan lelaki dan perempuan
3.      Hukum Perkahwinan :
| Hukum | Keterangan | 
| Harus | Tiada tuntutan mendesak atau tiada perkara yang mengharamkannya | 
| Wajib | Mampu zahir dan batin,dikhuatiri terlibat dengan zina | 
| Sunat | Mampu zahir dan batin, tidak dikhuatiri terlibat dengan zina | 
| Makruh | Tidak mampu nafkah zahir tetapi berkeinginan berkahwin | 
| Haram | Tidak mampu atau melakukan kezaliman kepada pasangan. | 
4.      Hikmah Perkahwinan :
a. Menjamin Kesihatan – mengelakkan daripada penyakit kelamin
b. Memenuhi tuntutan rohani dan jasmani
c. Menjalinkan silaturrahim antara kedua belah pihak
d. Memberi ketenteraman kepada suami dan isteri.
5.       Asas Pembinaan Rumah Tangga untuk Menjamin Kebahagiaan :
a. Iman dan takwa
b. Kasih sayang dan kasihan belas
c. Pergaulan yang baik
6.      Persediaan Sebelum Memasuki Gerbang Perkahwinan :
a. Ilmu dan akhlak
b. Fizikal dan mental
c. Ekonomi yang stabil
7.       Implikasi Perkahwinan Yang Tidak Mengikut Undang-Undang Keluarga Islam:
| Implikasi | Keterangan | 
| Diri | - Dikenakan tindakan undang-undang - Dipandang serong | 
| Keluarga | - Nama baik keluarga akan tercemar. | 
| Masyarakat | - Menjadi kucar kacir kerana tidak menghormati undang-undang | 
8.      Langkah Mengatasi Masalah Perkahwinan Yang Tidak Mengikut Undang-Undang Islam :
| Langkah | Keterangan  | 
| Perhatian ibu bapa/ masyarakat | Pastikan perkahwinan mengikut undang2 | 
| Program agama | Memberikan penjelasan tentang undang-undang keluarga Islam | 
| Tindakan undang-undang | Penguatkuasaan dan perlaksanaan kepada yang melanggar hokum syarak dan undang2 | 
9.      Kaifiyat Perkahwinan :
| Ciri-ciri   Umum | Ciri-ciri   berdasarkan Hadis Rasulullah s.a.w | 
| -Beriman, bertaqwa, berilmu, bertimbang rasa dan bertanggungjawab | - Harta - Keturunan - Kecantikkan - Agama | 
10.  Wanita Yang Haram Dikahwini :
- Terbahagi kepada dua bahagian :
a.      Haram Selama-lamanya :
| Faktor | Contoh | 
| Keturunan/Nasab | i. Ibu, nenek keatas ii. Anak , cucu ke bawah iii. Adik beradik seibu sebapa/ sebapa/ seibu iv. Ibu saudara sebelah ibu/bapa keatas v. Anak saudara dari adik beradik seibu sebapa/seibu/ sebapa ke bawah | 
| Penyusuan/ar-Radha’ah Syarat   penyusuan: 1.      Sekurang-kurangnya 5 kali kenyang 2.      Bayi yang berumur 2 tahun atau kurang | i.           Ibu   susuan ke atas ii.       Anak susuan ke bawah iii.      Adik beradik susuan iv.     Ibu saudara/ adik beradik ibu susuan @   suami v. Anak saudara dari adik beradik susuan ke bawah | 
| Persemendaan / al-Musaharah | i. Ibu tiri ke atas(sama ada disetubuhi atau tidak) ii. Menantu (anak atau cucu) ke bawah (disetubuhi atau tidak) iii. Ibu mertua ke atas iv. Anak tiri ke bawah apabila disetubuhi ibunya | 
b.      Haram Sementara:
i. Perempuan yang ditalak 3
ii. Perempuan yang bersuami
iii. Masih dalam iddah
iv. Sedang hamil hasil perzinaan
v. Tidak beragama samawi
vi. Mengumpul bersama muhram dalam satu masa
vii. Perempuan kelima bagi suami yang mempunyai 4 orang isteri.
a.      Pengertian :  
Langkah awal dalam proses memilih calon isteri yang sesuai serta menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh seseorang
c.       Tujuan melihat :
                                                   i.      Berpuas hati dengan pilihan
                                                 ii.      Mengelakkan penipuan
                                                iii.      Terjamin kebahagiaan rumah tangga
12.  Meminang
a.      Pengertian : 
Lamaran daripada seorang lelaki kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri.
b.      Cara/lafaz yang digunakan :
                                                   i.      Soreh/jelas/berterus terang – contoh : meminang/melamar
                                                 ii.      Kinayah/sindiran/kiasan – contoh menyunting
c.       Hukum pemberian /hadiah : 
Harus dengan syarat tidak berlaku pembaziran dan tiada unsur-unsur maksiat
d.      Batas pergaulan dalam tempoh bertunang : 
Mereka masih dianggap sebagai orang asing/ajnabi, diharamkan bergaul bebas dan keluar berdua-duaan tanpa ditemani muhram 
13.  Rukun nikah dan syarat-syarat
| Bil | Rukun | Syarat | 
| 1 | Bakal suami | i.           Islam ii.       Lelaki  iii.      Tidak beristeri empat pada satu masa iv.     Bukan dalam ihram haji/umrah v.       Bukan muhrim | 
| 2 | Bakal isteri | i.           Islam   / ahli kitab ii.       Perempuan iii.      Bukan isteri orang iv.     Bukan dalam idah raj’ie v.       Bukan dalam ihram haji/umrah vi.     Bukan muhrim | 
| 3 | Wali  | i.           Islam ii.       Lelaki iii.      Baligh iv.     Berakal v.       Bukan dalam ihram haji/umrah vi.     Tidak ditegah daripada membelanjakan   harta vii.    Merdeka | 
| 4 | Saksi  | i.           Islam ii.       Dua orang lelaki iii.      Baligh iv.     Adil/tidak melakukan dosa besar v.       Memahami lafaz ijab dan kabul vi.     Sejahtera pancaindera | 
| 5 | Ijab dan kabul | Ijab : lafaz yang diucapkan oleh wali. Syarat:  
 Kabul : jawapan penerimaan yang dilafazkan oleh bakal suami Syarat: i.                       Tidak   menyalahi ijab ii.                     Tidak   diselangi oleh diam yang lama/perkataan yang tidak berkaitan iii.                    Dilafazkan   oleh bakal suami/wakil iv.                   Menyebut   nama bakal isteri/ganti namanya v.                     Tidak   dengan lafaz taklik vi.                   Tidak   dibataskan tempoh masa. | 
14.  Wali nikah
a.       Pengertian : Orang yang berkuasa mengahwinkan seseorang perempuan
b.      Bahagian : 
                                                   i.      Wali Nasab/Keturunan
                                                 ii.      Wali Hakim: mereka yang diberi kuasa oleh sultan/pemerintah untuk mengahwinkan perempuan ketika ketiadaan wali, keenganannya atau hilang kelayakan
c.       Susunan wali
                                                   i.       
    
  Bapa         
                                                 ii.      Datuk
                                                iii.      Adik-beradik lelaki seibu sebapa
                                               iv.      Adik-beradik lelaki sebapa
                                                 v.      Anak saudara lelaki daripada adik-beradik seibu sebapa dan ke atas
                                               vi.      Anak saudara lelaki daripada adik-beradik sebapa dan ke atas
                                              vii.      Bapa saudara seibu sebapa dan ke atas
                                            viii.      Bapa saudara sebapa    (sebelah bapa)
                                               ix.      Sepupu lelaki daripada bapa saudara seibu sebapa  dan kebawah
                                                 x.      Sepupu lelaki daripada bapa saudara sebapa 
                                               xi.      Wali hakim
d.      Sebab-sebab perpindahan kuasa wali nasab kepada wali hakim:
                                                   i.      Tiada wali nasab
                                                 ii.      Wali tidak dapat dikesan/ dipastikan masih hidup/mati.
                                                iii.      Wali tinggal jauh
                                               iv.      Wali dalam tahanan dan tidak dapat dihubungi
                                                 v.      Wali dalam ihram haji/umrah
                                               vi.      Wali meyembunyikan diri
                                              vii.      Wali setaraf bergaduh
                                            viii.      Wali sendiri yang ingin berkahwin dengan perempuan tersebut
                                               ix.      Wali enggan
15.  Saksi
a.      Peranan :
                                                   i.      Boleh memberi keterangan sekiranya berlaku pertikaian
                                                 ii.      Menjamin pernikahan itu sah
                                                iii.      Memuliakan perkahwinan
                                               iv.      Mengelakkan fitnah
16.  Mahar
a.      Pengertian :
Pemberian wajib daripada suami kepada isteri sama ada dalam bentuk wang @ sesuatu yang bernilai.
b.      Hukum : wajib
c.       Jenis-jenis :
                                                   i.      Musamma : mahar yang telah ditetapkan dan dipersetujui
                                                 ii.      Misil : Mahar yang ditentukan kadarnya mengikut mahar saudara perempuan isteri.
d.      Kadar : bergantung pada persetujuan dan budi bicara, sebaik-baiknya yang sederhana.
e.       Syarat mahar :  semua barang @ manfaat yang boleh dijadikan bayaran @ upah.
f.        Hikmah :
                                                   i.      Melahirkan keikhlasan
                                                 ii.      Sebagai persiapan suami untuk memikul tanggung jawab
                                                iii.      Mengembirakan hati isteri
                                               iv.      Memulia dan mengiktiraf wanita
 
17.  Walimatul urus
a.      Pengertian : 
Kenduri atau jamuan yang diadakan untuk meraikan perkahwinan.
b.      Hukum :
Sunat muakkad mengadakannya, wajib menghadirinya tanpa keuzuran
c.       Adab-adab mengadakan :
                                                   i.      Sederhana, tiada pembaziran
                                                 ii.      Tiada unsur-unsur maksiat /khurafat
                                                iii.      Hiburan yang tidak bertentangan dengan Islam diharuskan
                                               iv.      Tiada pergaulan bebas
d.      Hikmah mengadakan :
                                                   i.      Melahirkan rasa kesyukuran
                                                 ii.      Melahirkan kegembiraan
                                                iii.      Tanda tahniah dan selamat 
                                               iv.      Mengisytiharkan kepada orang ramai
                                                 v.      Mengikut ajaran dan sunah
18.  Tanggung jawab suami isteri
| Aspek | Tanggung jawab | 
| Suami  | i.           Memberi   nafkah zahir dan batin ii.       Memberi didikan  iii.      Memberi layanan yang baik | 
| Isteri  | i.           Mentaati   suami ii.       Memelihara kehormatan diri iii.      Menjaga harta suami iv.     Memberi layanan yang baik kepada suami v.       Tinggal di rumah suami | 
| Bersama  | i.           Memelihara   dan mendidik anak-anak ii.       Menghubungan silatur rahim keluarga   kedua-dua pihak iii.      Memenuhi keprluan masing-masing iv.     Saling menghormati dan menjaga keaiban v.       Saling menasihati   | 
a.      Kesan pengabaian tanggung jawab :
                                                   i.      Persefahaman akan hilang dan pergaduhan akan tercetus.
                                                 ii.      Berlaku perceraian
                                                iii.      Anak-anak menjadi mangsa keruntuhan rumah tangga – hidup terbiar dan terlibat dengan gejala yang tidak sihat
                                               iv.      Masyarakat akan kucar kacir
b.      Persiapan keluarga bahagia:
                                 i.      Mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan tentang agama dan yang berkaitan dengan kekeluargaan.
                               ii.      Persiapan ekonomi – penyediaan keprluan asas untuk isteri dan anak-anak.
                              iii.      Persiapan akhlak – semaikan nilai-nilai murni dalam diri suami isteri supaya menjadi contoh ikutan
19.  Talak
a.      Pengertian :
                                                   i.      Bahasa : cerai atau melepaskan ikatan
                                                 ii.      Istilah : merungkaikan ikatan perkahwinan dengan lafaz talak, cerai atau yang membawa makna keduanya.
b.      Hukum talak:
| Hukum | Huraian | 
| Harus | hukum asal | 
| Wajib | apabila tidak dapat melaksanakan kewajipan atau melakukan kezaliman | 
| Sunat | isteri memiliki akhlak yang buruk | 
| Haram | dilafazkan pada   waktu haram iaitu ketika isteri sedang haid/hamil/nifas atau bertujuan untuk   menganiaya | 
| Makruh | menceraikan isteri tanpa sebab atau isteri yang solehah. | 
c.       Rukun dan syarat talak :
| Rukun | Syarat | 
| Suami | Berakal, baligh dan kemahuan sendiri | 
| Isteri | Isteri yang sah dan masih milik suami | 
| Lafaz | Mempunyai   maksud cerai  Terbahagi   kepada dua jenis : i.                       Lafaz soreh (jelas) – menggunakan  perkataan talak/cerai. Contoh : Aku ceraikan engkau ii.                     Lafaz Kinayah (sindiran) – memerlukan niat suami. Contoh: Aku bebaskan engkau | 
d.      Hikmah talak
                                                   i.         ©jah06  
                                       Memberi peluang memulakan hidup baru               
                       
                                                 ii.                                                                                Sebagai pengajaran untuk memperbaiki diri
                                                iii.                                                                                                                                   Mengurangkan tekanan perasaan
                                               iv.      Menyedarkan tentang kepentingan menghayati Islam.
e.      Jenis-jenis talak 
| Aspek  | Jenis  | 
| Hukum  | i.           Talak Sunni – yang sesuai dengan peraturan               syarak: -  Talak satu dan dua ketika   isterinya suci dari haid /nifas dan tidak disetubuhi ii.       Talak Bid’ie –   menyalahi peraturan syarak -           Talak   tiga sekali gus -           Atau   ketika isteri dalam haid/nifas  -           Atau   suci dari haid/nifas tapi telah disetubuhi | 
| Kesan | i.           Talak Raji’e – talak satu dan dua yang boleh dirujuk dalam   masa iddah ii.       Talak Bain – talak   yang tidak boleh dirujuk.    Terbahagi kepada dua : a.           Bain sughra – suami tidak boleh rujuk tetapi boleh nikah   semula - Contohnya : khuluk, fasakh, ila’,   talak raji’e yang tamat tempoh iddah dan talak sebelum bersetubuh. b.           Bain kubra – talak tiga yang mengharamkan suami mengahwini   semula isterinya kecuali selepas isteri berkahwin dengan lelaki lain dan   diceraikan setelah berlaku persetubuhan.  | 
f.        Talak taklik : talak bersyarat
                                                   i.      Taklik biasa : Suami berkata kepada isteri “Jika engkau keluar rumah maka engkau tertalak dengan talak satu”
                                                 ii.      Taklik khuluk : suami tidak boleh merujuk isterinya kecuali dengan akad nikah baru. 
20.  Rujuk 
a.      Pengertian 
                                                   i.      Bahasa : Kembali
                                                 ii.      Istilah : Suami yang mengambil kembali isteri yang telah diceraikan .
- isteri yang diceraikan dengan talak satu dan dua dalam masa idah
b.      Rukun dan syarat rujuk :
| Rukun | Syarat | ||
| Orang yang merujuk : suami | Islam, baligh, berakal dan kemahuan sendiri | ||
| Orang yang dirujuk :   isteri  | Islam, telah disetubuhi, bukan perceraian fasakh/ khuluk/talak tiga, dan   masih dalam tempoh iddah | ||
| Lafaz/sighah | i.           Lafaz soreh/ jelas : Aku rujuk engkau ii.       Lafaz kinayah/ sindiran : Aku pegang engkau     ©jah06 | 
c.       Hikmah rujuk 
                                                   i.      Sesuai dengan fitrah manusia
                                                 ii.      Memberi peluang untuk menyambung semula hubungan
                                                iii.      Dapat memperbaiki kesilapan/kelemahan
                                               iv.      Memberi ketenteraman jiwa
                                                 v.      Menyatukan semula keluarga.
21.  Iddah
a.      Pengertian :
                                                   i.      Bahasa : Tempoh pengiraan
                                                 ii.         ©jah06  
  Istilah : Tempoh masa larangan berkahwin yang wajib dipatuhi oleh isteri selepas berpisah dengan suami.               
                       
b.      Jenis dan tempoh iddah
| 
             Iddah | Perceraian hidup | Perceraian mati | 
| Hamil | Melahirkan | Melahirkan | 
| Haid | 3 kali suci | 4 bulan 10 hari | 
| Tiada Haid | 3 bulan | 4 bulan 10 hari | 
| Belum disetubuhi | Tiada iddah | 4 bulan 10 hari | 
c.       Sebab perbezaan tempoh jenis-jenis iddah
                                                   i.      Iddah perempuan bercerai hidup : 
1.      3 kali suci kerana dapat membersihkan rahim perempuan daripada benih bekas suami
2.      Perempuan hamil : hingga melahirkan supaya perempuan dapat memberi tumpuan kepada penjagaan kesihatan dan kandungannya.
                                                 ii.      Iddah perempuan bercerai mati : 4 bulan 10 hari sebagai tanda perkabungan dan kesedihan.
                                                iii.      Iddah permpuan yang belum disetubuhi : tiada iddah kerana rahimnya bersih dari pada benih suaminya.
d.      Hikmah iddah 
                                                   i.      Memastikan tidak berlaku percampuran keturunan
                                                 ii.      Memberi peluang untuk berfikir
                                                iii.      Memberi penghormatan kepada suami yang meninggal dan menjaga perasaan keluarganya
e.      Hak dan status isteri semama dan selepas iddah
| Hak semasa iddah | Hak selepas iddah | 
| i.  Talak satu/dua masih dalam   iddah : mendapat nafkah zahir, tempat tinggal dan harta pewarisan | Tidak lagi mempunyai hubung an dengan suami. Bebas untuk ber kahwin dengan bekas suami atau lelaki lain | 
| ii. Talak bain : tidak berhak mendapat nafkah zahir, kecuali tempat   tinggal dan harta pewarisan | |
| iii.Kematian suami: Tempat tinggal sahaja | 
f.        Perkara-perkara yang dilarang semasa iddah
| Perkara | Iddah talak | Iddah kematian | 
| Peminangan | Diharamkan kepada lelaki lain, sama ada secara terang/sindiran  | Diharamkan kepada lelaki lain secara terang, harus secara sindiran  | 
| Keluar   rumah | Tidak boleh keluar rumah tanpa izin suami kecuali keperluan yang   dibenarkan syarak | Tidak boleh keluar rumah  kecuali   keperluan yang dibenarkan syarak | 
| Berhias   diri | Dalam iddah raji’e : harus Dalam iddah bain : sunat | Diharamkan | 
| Perkahwinan    | Diharamkan dengan lelaki lain | Diharamkan | 
22.  Fasakh dan Khuluk
| Aspek | Fasakh | Khuluk  | 
| Definisi | Bahasa: Batal Istilah :   Pembatalan ikatan perkahwinan oleh pihak kadi/mahkamah syari’ah | Bahasa:Mencabut/ tanggal Istilah :   Perceraian antara suami isteri dengan lafaz talak khuluk atau bayaran   tertentu | 
| Hukum | Harus | |
| Sebab-sebab  | 1.Suami tidak    memberi nafkah     zahir/batin. 2.Suami ber penyakit yang sukar diubati 3.Suami melakukan kezaliman 4.Suami hilang /ghaib (Mazhab Hanbali – 6 bln, Mazhab Maliki -1 tahun, dan Mazhab as- Syafi’e – 4thn) 5.Suami murtad | Atas permintaan isteri | 
| Proses | Isteri meminta diceraikan dengan tebus talak sbyk RM 1000, suami   melafazkan : Aku talakkan engkau dengan bayaran sebanyak itu. | |
| Kesan  | Tidak boleh dirujuk dalam masa edah, tetapi boleh nikah semula | |
| Hikmah | 1.Mengelakkan     kemudaratan     terhadap isteri 2.Peringatan     kepada suami     agar melaksana     -kan tanggung     jawab 3.Menyelamatkan     aqidah isteri/     anak daripada     suami murtad | 1.Penghormatan     kepada isteri 2.Mengelakkan     nusyuz 3.Mengelakkan     sifat ego suami     yang suka     menyalahguna    kan kuasa     sebagai ketua     keluarga  | 
23.  Nusyuz
a.      Definisi :
                                                   i.      Bahasa : derhaka/ingkar
                                                 ii.      Istilah : Keengganan isteri menunaikan kewajipan terhadap suami tanpa alasan yang munasabah mengikut syarak.
b.      Hukum : haram dan malaikat melaknat isteri yang nusyuz
c.       Perkara-perkara yang boleh membawa kepada nusyuz :
                                                   i.      Enggan melayan suami ke tempat tidur.
                                                 ii.      Keluar rumah tanpa izin
                                                iii.      Melakukan kekasaran; perkataan/perbuatan
                                               iv.      Ingkar perintah suami
                                                 v.      Membenarkan lelaki lain yang tidak disukai suami memasuki rumah ketika ketiadaan suami.
d.      Kesan nusyuz :
                                                   i.      Hilang hak nafkah daripada suami
                                                 ii.      Hilang hak giliran bermalam
e.       Akibat buruk nusyuz
                                                   i.      Suami : hilang pertimbangan dan akan bertindak kasar terhadap isteri.
                                                 ii.      Keluarga : anak-anak hilang rasa hormat kepada kedua-dua ibu bapa.
                                                iii.      Masyarakat : hubungan antara keluarga akan terjejas.
f.        Adab mendidik isteri yang nusyuz
                                                   i.      Memberi nasihat dengan penuh hikmah
                                                 ii.      Memisahkan tempat tidur
                                                iii.      Memukul dengan tujuan mendidik.
g.      Syarat-syarat memukul isteri nusyuz
                                                   i.      Tidak keterlaluan hingga mencederakannya
                                                 ii.      Tidak memukul dibahagian yang sensitif
                                                iii.      Memukul dengan tujuan mendidik
                                               iv.      Memukul dengan alat yang tidak membahayakan.
24.  Zihar
a.      Pengertian :
                                                   i.      Bahasa : belakang
                                                 ii.      Istilah :suami menyamakan isterinya atau mana-mana anggotanya dengan ibunya atau dengan mana-mana perempuan muhram baginya.
b.      Hukum : haram dan berdosa besar
c.       Rukun dan syarat zihar
| Rukun | Syarat | 
| Suami | i.           Baligh    ii.       Berakal  iii.      Sah talak (tidak sah menziharkan isteri   dalam iddah bain) iv.     Kemahuan sendiri. | 
| Isteri | i.           Isteri   yang sah  ii.       disandarkan kepada isterinya atau   mana-mana anggotanya. | 
| Orang yang diserupakan | i.           Perempuan ii.        Muhram   suami : keturunan, penyusuan dan persemendaan. | 
| Sighah | i. Lafaz yang digunakan jelas dan khusus - tidak memerlukan niat. ( Lafaz “Belakang”) iii.      Lafaz tidak jelas/khusus – ia        memerlukan niat(anggota        selain belakang) | 
d.      Langkah-langkah mengelakkan zihar.
                                                   i.      Suami hendaklah mengawal kemarahan
                                                 ii.      Memahami konsep zihar
                                                iii.      Tidak mengikut sifat arab jahiliah
e.      Kifarat Zihar
                                                   i.      Memerdekakan seorang hamba
                                                 ii.      Jika tidak mampu, suami berpuasa dua bulan berturut-turut
                                                iii.      Jika tidak mampu, memberi makan 60 orang fakir miskin dengan kadar secupak seorang(beras)
f.        Akibat zihar
                                                   i.      Suami mendapat kemurkaan Allah kerana mengharamkan persetubuhan yang halal
                                                 ii.      Suami isteri haram melakukan persetubuhan
                                                iii.      Suami wajib membayar kifarat
                                               iv.      Zihar menjatuhkan maruah isteri.
25.  Li’an
a.      Pengertian :
                                                   i.      Bahasa: laknat
                                                 ii.      Istilah : 
1.      sumpah suami yang disertakan dengan laknat daripada Allah untuk menolak hukuman qazaf disebabkan tuduhan zina terhadap isteri atau untuk menafikan nasab.
2.      sumpah isteri yang diseetakan dengan kemurkaan Allah untu menolak tuduhan zina suaminya
b.      Sebab berlaku li’an
                                                   i.      Suami menuduh isteri melakukan zina tanpa 4 orang saksi – akan dikenakan hukuman qazaf iaitu 80 kali sebatan.  Untuk mengelakkan hukuman ini suami hendaklah berli’an.
                                                 ii.      Isteri yang dituduh akan dikenakan hukuman rejam sampai mati  jika mengaku salah atau menolak untuk berli’an.  
c.        Proses li’an
                                                   i.      Suami bersumpah di hadapan hakim : Aku bersaksi dengan nama Allah bahawa tuduhan zina terhadap isteriku adalah benar (4 kali).  
Sumpah yang kelima : Sesungguhnya laknat Allah akan menimpa diriku jika aku berdusta dalam membuat tuduhan zina terhadap isteriku
                                                 ii.      Isteri bersumpah di hadapan hakim : aku bersaksi dengan nama Allah bahawa tuduhan zina yang dibuat oleh suamiku terhadap diriku adalah dusta (4 kali)
Sumpah yang kelima : Sesungguhnya kemurkaan Allah akan menimpa diriku jika tuduhan suamiku adalah benar.
d.      Implikasi li’an
                                                   i.      Suami isteri terpisah
                                                 ii.      Mereka tidak boleh berkahwin selama-lamanya
                                                iii.      Suami yang membuat tuduhan terlepas dari hukuman qazaf
                                               iv.      Isteri akan dikenakan hukuman hudud zina jika tidak menolak tuduhan dengan li’an
                                                 v.      Anak yang dinafikan akan ternafi nasabnya daripada suami yang bersumpah
                                               vi.      Isteri berhak menuntut nafkah bagi anak yang tidak dinafikan nasabnya.
e.      Hikmah li’an
                                                   i.      Suami dapat mencari jalan penyelesaian dengan cara adil dan diredai Allah
                                                 ii.      Isteri dapat menjaga maruahnya daripada tuduhan
                                                iii.      Suami dapat mempertahankan kesucian nasabnya
26.  Poligami
a.      Pengertian :
                                                   i.      Bahasa : (Latin) banyak isteri
                                                 ii.      Istilah : Lelaki yang beristeri lebih daripada seorang tetapi tidak lebih daripada 4 orang isteri pada satu masa.
b.      Hukum : harus
c.       Syarat-syarat :
                                                   i.      Tidak melebihi 4 orang 
                                                 ii.      Boleh berlaku adil, dari aspek lahiriah, (kasih sayang tidak termasuk kerana di luar kawalan manusia.)
                                                iii.      Mampu ; jasmani dan kewangan 
d.      Kesan poligami yang tidak mengikut syarat:
                                                   i.      Dapat kemurkaan Allah
                                                 ii.      Perasaan tidak puas hati di kalangan isteri-isteri.
                                                iii.      Berlaku perbalahan/ pergaduhan
                                               iv.      Anak-anak terabai.
e.      Hikmah poligami :
                                                   i.      Menyambung keturunan
                                                 ii.      Membela anak-anak yatim dan wanita
                                                iii.      Mengelakkan maksiat
                                               iv.      Mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat.
27.  Kemahiran Keibubapaan.
a.      Konsep Keibu bapaan
Matlamat pendidikan : membentuk anak-anak yang soleh yang boleh mendoakan ibu bapa sebagai amal jariah.
Sabda Rasulullah s.a.w , mafhumnya:
                      Apabila manusia mati maka     terputuslah                     segala amalannya melainkan tiga perkara:                   Sedekah jariah (berterusan),                    ilmu yang dimanfaatkan atau                    anak soleh yang     mendoakannya  
             
b.      Hukum melaksanakan tanggung jawab : wajib
c.       Cara melaksanakan tanggung jawab :
                                                  i.      Semasa Mengandung
1.      Mendekatkan diri kepada Allah
2.      Melakukan perintah Allah
3.      Menjauhi maksiat
4.      Membaca al-Qur’an
5.      Menjaga akhlak
6.      Membuat pemeriksaan berkala
7.      Menjaga pemakanan
8.      Banyakkan berehat
                                                ii.      Selepas Kelahiran :
1.      Bayi baru lahir disunatkan : 
·        Azan dan iqamah
·        Bertahnik
·        Menamakan dengan nama yang baik
·        Mencukur dan bersedekah
·        Melakukan akikah
2.      Pendidikan Islam – asas-asas keimanan : rukun iman, rukun Islam dan prinsip-prinsip syariah
3.      Pendidikan Moral – akhlak dan budi luhur
4.      Pendidikan Jasmani – penjagaan kesihatan, makan minum dan kebersihan diri.
5.      Pendidikan intelektual – ilmu fardu ain dan kifayah
6.      Pendidikan rohani – sifat-sifat positif
7.      Pendidikan sosial – konsep persaudaraan, menjaga hak-hak orang lain, batasan aurat dan pergaulan.
d.      Implikasi Pengabaian Tanggung jawab Ibu Bapa Terhadap Pendidikan Anak-anak
                                                   i.      Membentuk individu yang bersifat individualistik/ mementingkan diri sendiri
                                                 ii.      Melahirkan individu yang lemah dan tidak mempunyai jati diri
                                                iii.      Anak-anak mudah terjebak dengan gejala negatif seperti penyalahgunaan dadah
                                               iv.      Terdorong untuk melakukan perlakuan jenayah.
                                                 v.      Menimbulkan kebencian Allah dan masyarakat
28.  Undang-undang Keluarga Islam
a.      Definisi :
Undang-undang yang memperuntukkan tentang hal-hal yang berkaitan dengan perkahwinan, perceraian dan perkara-perkara yang berkaitan dengan keluarga Islam
- Ditadbir oleh enakmen Pentadbiran Hukum Syarak di negeri masing-masing.
b.      Sejarah Penubuhan :
                                                   i.      Sebelum penjajahan Inggeris - Undang-undang Islam telah diamalkan di Tanah Melayu, buktinya Hukum Qanun Melaka, yang merangkumi bidang jenayah, muamalah, keluarga, acara keterangan serta undang-undang pentadbiran dan pemerintahan.
                                                 ii.      Selepas penjajahan Inggeris – aspek agama dan pentadbiran dipisahkan.  Undang-undang Islam hanya digunapakai dalam aspek kekeluargaan sahaja, serta tertakluk di bawah bidang kuasa Inggeris.
                                                iii.      Tahun 1880 – Ordinan Perkahwinan Muhammad diwujudkan yang membawa kepada penubuhan Mahkamah Syariah.
                                               iv.      Tahun 40-an – kuasa pentadbiran Hal Ehwal orang Islam diletakkan di bawah tanggungjawab Majlis Agama Islam Islam negeri-negeri.
                                                 v.      Tahun 1989 – Pentadbiran Mahkamah Syariah dipisahkan daripada Majlis Agama Islam Negeri.
                                               vi.      1998 – Jabatan Kehakiman Syariyyah Malaysia di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk menyususn semula Mahkamah Syariyyah.
c.       Bidang Kuasa Mahkamah Syariah
                                                  i.      Bidang Kuasa Mal
·        pertunangan,perkahwinan,perceraian,pembatalan perkahwinan atau perpisahan.
·        pelupusan/tuntutan harta perkara (1)
·        nafkah,kesahtarafan,hadhanah.
·        pembahagian /tuntutan harta pencarian.
·        wasiat/pemberian ketika hampir mati seseorng Islam.
·        pemberian sesama hidup 
·        waqaf/nazar
·        menantu/membahagikan harta berwasiat / tidak berwasiat orang Islam
·        perkara lain yang berkaitan dengan bidang kuasa yang diberikan oleh mana-mana undang-undang bertulis. 
                                                ii.      Bidang Kuasa Jenayah
·        Untuk kesalahan-kesalahan yang boleh dihukum  penjara 3 tahun atau denda RM5,000.00 atau sebat 6 rotan atau kedua-duanya sekali.
d.      Struktur Organisasi Mahkamah Syariyyah
 i.  Mahkamah Rendah
i.  Mahkamah Rendah 
                  
 ii.  Mahkamah Tinggi
      ii.  Mahkamah Tinggi
                        iii.  Mahkamah Rayuan
e.      Peranan Mahkamah Syariyyah:
                                                   i.      Khidmat nasihat
                                                 ii.      Menyelesaikan kes
                                                iii.      Memberikan maklumat perundangan kepada orang ramai
f.        Info Istilah :
                                                   i.      Akta :  Rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat
                                                 ii.      Enakmen : Rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri
                                                iii.      Ordinan : Rang undang-undang yang diluluskan sebelum merdeka
                                               iv.      Harta sepencarian : Harta yang diperoleh dalam masa perkahwinan suami isteri, hasil atau usaha mereka bersama.
29.  Anak Amanah Allah
a.      Pengertian anak angkat :
Anak yang dipelihara oleh bukan ibu bapa kandungnya.
b.      Hukum mengambil anak angkat : harus
c.       Peraturan pengambilan anak angkat 
                                                   i.      Haram membin atau membintikan anak angkat kepada bapa angkat
                                                 ii.      Batas-batas pergaulan anak angkat – dianggap sebagai ajnabi / bukan muhram
                                                iii.      Harta pusaka – anak angkat tidak boleh mempusakai harta pusaka keluarga angkat
Cara anak angkat 
Memperoleh  harta melalui :
§         hibah
§         hadiah
§         wasiat dengan syarat tidak melebihi 1/3 harta keluarga angkat. 
§         Harta pusaka daripada keluarga kandung
d.      Hikmah larangan membin/ membintikan anak angkat kepada bapa angkat 
                                                   i.      Mengiktiraf keluarga bapa kandung dan mengekalkan pertalian nasabnya.
                                                 ii.      Memelihara hak anak angkat dalam mewarisi harta pusaka bapa kandungnya.
                                                iii.      Menjaga batas pergaulan
                                               iv.      Memelihara hak wali nikah.
e.      Hadhanah :
                                                  i.      Pengertian: 
Hak penjagaan anak yang masih kecil yang belum mumayyiz dan tidak mampu menguruskan diri sendiri.
                                                ii.      Hukum : wajib bagi anak yang belum mampu berdikari.
                                              iii.      Hak Hadhanah : 
1.      Ibu adalah yang lebih berhak memelihara anaknya.
2.      Sekiranya ibu hilang kelayakan :
·        Nenek sebelah ibu
·        Bapa
·        Nenek sebelah bapa
·        Datuk
·        Saudara perempuan seibu sebapa
·        Saudara perempuan seibu
·        Saudara perempuan sebapa
·        Anak saudara perempuan daripada adik-beradik perempuan seibu sebapa
·        Anak saudara perempuan daripada adik-beradik perempuan seibu
·        Anak saudara perempuan daripada adik-beradik sebapa
·        Emak saudara mebelah ibu
·        Emak saudara sebelah bapa
·        Waris lelaki yang boleh menerima ‘usbah’- muhram kepada kanak-kanak tersebut
                                              iv.      Syarat-syarat mendapat hadhanah:
1.      Islam
2.      Berakal
3.      Dewasa
4.      Berakhlak mulia dan memelihara kehormatan diri
                                                v.      Sebab-sebab gugur hak :
1.      Berkahwin dengan lelaki yang tidak mempunyai pertalian nasab dengan kanak-kanak tersebut.
2.      Berkelakuan buruk
3.      Berpindah tempat kediaman dengan tujuan menghalang bapa menziarahinya
4.      Cuai atau menganiaya
5.      Murtad
                                              vi.      Tempoh Hadhanah
1.      Apabila telah dewasa, kerana sudah mampu berdikari
2.      Mumayyiz – kanak-kanak berhak memilih untuk tinggal dengan ibu / bapa 

 
thanks
ReplyDeleteterima kasih... ini blh jadi smber rujukan.. buat..plajar tngkatan 5
ReplyDeleteOk
Deletebarakallahu fiikum...munasib littullab mufidatan...syukran
ReplyDeleteterima kasih...sangat membantu
ReplyDeleteterima kasih... mohon share... sangat membantu.....moga Allah memberkati segala usaha yang murni...insyaAllah
ReplyDeleteterima kasih sangat kerana banyak memberi info kepada saya tentang Pendidikan Islam (^_^)
ReplyDeleteterima kasih sangat kerana banyak memberi info kepada saya tentang Pendidikan Islam (^_^)
ReplyDeletecan I copy this , as your information , I've seen your rest topic likes this blog , same goes to what I've said above .... it's good for student ....
ReplyDeleteGood..
ReplyDeleteMay allay bless you ^_^
ReplyDeleteAllah
DeleteAllah
Deletebtw tq
ReplyDeleteThank you so much, buat banyak² lagi tau
ReplyDeleteUsbah tu ape
DeleteSyukran jazillan ya ustazah.may Allah easy everything for spm 2018
ReplyDeleteSo bila dpt tambah niyh😊
ReplyDeletemembantu for my slaid presentation
ReplyDeleteIzinkan saya untuk copy
ReplyDeletepinjam.. terima kasih ya
ReplyDeleteSYUKRAN YA USTAZAH
ReplyDeletemengapa ibu diberi keutamaan utk mendapat hak hadanah
ReplyDeleteHmm Berkesan.
ReplyDeleteNota yg berguna..thanksss
ReplyDeleteVery interesting 👍👍👍
ReplyDeleteNi senang
ReplyDelete