klik...

Monday, April 18, 2011

Gaya Belajar

Assalamualaikum...
Apa khabar anak2 pelajar semua? Dah memulakan langkah untuk belajar? Apa cara yang anak2 pelajar gunakan untuk belajar? Ada teknik tertentu ke? Atau belajar ikut suka?  Untuk memastikan kualiti belajar anak2 berada di tahap yang paling maximum, anak2 pelajar mesti tahu gaya belajar yang lebih domain dalam diri anda.

Secara umumnya, gaya belajar boleh dibahagikan kepada 3 gaya.  Macam mana nak tahu gaya belajar saya? Ada caranya, cuma dalam entry ni agak terhad sikit...Anak2 boleh cuba dapatkan pandangan daripada kaunselor sekolah anak2 pelajar.

Gaya Belajar Visual (belajar dengan cara melihat)

Ciri2 Visual dan Teknik Belajar:
1.  Belajar dengan menggunakan gambar/visual
2.  Mudah mengingat apa yang dilihat, daripada apa yang dilihat
3.  Lebih suka membaca daripada dibacakan
4.  Dalam kelas lebih selesa duduk di bahagian belakang, untuk mudah melihat keseluruhan kelas dan
     memerhatikan bahasa tubuh dan ekspresi guru, dengan ini mereka akan lebih faham
5.  Gemar belajar dengan menggunakan carta, peta minda, peta, fakta2 di highlightkan dengan pelbagai warna
6.  Berfikir menggunakan gambaran yang terdapat dalam otak mereka
7.  Strategi belajar :
           Baca......
                           faham......
                                          tulis semula apa yang dibaca dan difahami dalam bentuk peta minda atau carta

8.  Seorang pembaca yang tekun dan cepat
9.  Suasana bising tak mengganggu konsentrasinya.

Gaya Belajar Auditori (belajar cara mendengar)

Ciri2 Auditori dan Teknik Belajar :
1.  Lebih mudah memahami pelajaran dengan mendengar daripada apa yang dilihat
2.  Lebih mudah faham dan ingat apa yang dibincangkan dalam kumpulan...
3.  Strategi belajar :
           Dengar @ baca dengan kuat.....
                                                            Ulang sebutan selepas setiap kali mendengar atau membaca fakta
                                                                                                                     Perbincangan dalam kumpulan
4.  Dapat mengulangi dan berkebolehan meniru nada, irama dan intonasi suara orang lain.
5.  Lebih pandai mengeja dengan sebutan yang kuat daripada menulis.
6.  Berkebolehan dalam berpidato
7.  Mudah terganggu dengan keadaan yang bising.
8.  Dalam kelas, suka duduk di bahagian depan supaya dapat mendengar dengan jelas.

Gaya Belajar Kinestetik (Belajar dengan Cara Bergerak, Bekerja dan Menyentuh)

Ciri2 Kinestetik dan teknik belajar :
1.  Belajar melalui manipulasi dan praktikal..jenis yang tak suka duduk mendengar aje...mesti ada benda yang
     nak dibuat, pusing2 pen, ketuk2 meja etc...
2.  Boleh belajar atau menghafaz sambil berjalan
3.  Seorang yang sangat suka bercerita tapi kurang dalam menulis
4.  Sangat suka buku2 yang menunjukkan pelbagai aksi.
5.  Lebih suka menyentuh seseorang untuk mendapatkan perhatiannya, bukan dengan menjerit2 memanggil
     namanya.
6.  Suka buat banyak benda/menyibuk2kan diri ....
7.  Kunyahlah gula2 bila anda rasa boring semasa belajar.
8.  Sediakan ruang waktu rehat sekejap antara selang masa belajar...jangan paksa diri belajar berterusan.
9.  Gunakan warna terang/highlightkan fakta2 penting semasa membaca.
10. Gunakan jejari anda sebagai petunjuk semasa membaca, atau boleh juga anda membuat catatan/
      nota/fakta penting/key word di bahagian tepi2 buku yang sedang anda baca, dengan  menggunakan pen
     pelbagai warna.

Sekian dulu anak2 pelajar.  Semoga entry kali ini dapat membantu anak2 pelajar dalam mempersiapkan diri untuk menghadapi SPM nanti. Semoga kecemerlangan dunia dan akhirat milik kita bersama.

Wa ilalliqa' maassalamah....

Wednesday, April 13, 2011

spm 2011..

Assalamualaikum wrth...
Bismillahirrahmanirrahim...

Anak2 pelajar yang bakal menduduki SPM 2011 semua, sedar tak sedar sekarang sudah berada dalam bulan April.  Maksudnya anak2 pelajar akan menduduki SPM, agak2 tinggal lagi hanya 6 bulan sahaja lagi. Itu kalau dikira mengikut bulan.

Hakikatnya masa yang anak2 pelajar ada hanyalah dalam 4 bulan.  Kenapa? Kenapa kurang 2 bulan? Yelah...bulan Ramadhan dah tolak sebulan...for sure, kualiti anak2 pelajar dalam bulan ini akan menurun, walaupun tidak sepatutnya berlaku .

Lagi, tolak pula sebulan untuk peperiksaan percubaan plus cuti sekolah plus cuti raya...kira2 sebulanlah jugak. 4 bulan? Hakikatnya tak sampaipun...tolak waktu makan minum, tidur, bersembang, lepak2, berkhayal dalam toilet, etc..etc...etc...

Hah! agak2 tinggal lagi berapa bulan @ hari? Let say, semuanya sekali sebulan..so, tinggal lagi 3 bulan kan.
Jadi, nak plan macam mana?

Katalah, anak2 pelajar mengambil 9 subjek. Ada berapa sukatan pelajaran semua? Darab 2 (untuk F4 dan F5). Jadi semuanya 18 sukatan.

Berapa tajuk semua sekali? Let say, setiap sukatan ada 30 tajuk. Darablah 18. Jadi semuanya ada 540 tajuk.
Every day kena study berapa tajuk? Bahagilah dengan 3 bulan (30X3=90 hari)=6.

Oleh itu, anak2 pelajar semua, anda mesti habiskan 6 tajuk bagi setiap hari, mulai sekarang.
Berat ke? Memanglah.  Tapi akan lagi berat kalau anak2 pelajar menunggunya sehingga sa'at akhir.

Jangan panik, make slowly...di sini, saya nak kongsi (kalau bolehlah dikatakan sebagai) petua2 atau tips untuk anda mencapai kecemerlangan dalam SPM anda.  Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri dan juga kawan2 anda yang telah mencapai kecemerlangan:

1. Perbanyakkan berdoa..ini yang paling utama. Doa ini termasuklah doa sebelum anda mula mengulangkaji atau setiap kali lepas solat.
contohnya doa:


2. Pastikan anda sentiasa menjaga solat yang wajib. Solat pada awal waktu, tidak mengabaikan solat dan solat berjamaah.

Begitu juga, rajin2lah solat sunat lain. Contohnya solat sunat dhuha 2 rakaat...kalau tidak ada masalah untuk solat di surau sekolah, anda bolehlah solat pada waktu rehat, kalau tak dapat, solat aje  ketika di hujung minggu atau cuti.

Solat hajat jangan ditinggalkan...buatlah 2 rakaat selepas solat maghrib, kalau boleh every day...Nak bagus lagi, solat sunat tahajjud, maybe dalam seminggu buatlah 1-2 kali.

Kenapa? Formulanya senang sahaja, kalau anda ingin cemerlang di dunia, binalah hubungan yang bagus dengan Penciptanya. Kalau anda ingin hebat, binalah hubungan yang bagus dengan Allah Yang Maha Hebat.

3. Buatlah jadual anda sendiri.  Pastikan anda mengikuti jadual tersebut dengan penuh disiplin. Bagi subjek yang lemah, lebihkan masanya.

Bagi subjek yang dah stabil, mungkin boleh dikurangkan sikit masanya. Tapi jangan abai terus...maintain perlu.

4.Anda perlu bijak menguruskan masa. Kejayaan pertama dilihat melalui kejayaan anda menguruskan masa anda. Pastikan setiap ruang waktu di sekolah atau dimana sahaja, anda manfaatkan.

Bawalah buku kemana2 pun anda pergi.  Pada permulaan, mungkin anda rasa, alah bawa buat apa, bukan bacapun...tak apa..bawa aje, lama2 nanti anda akan belek buku2 tersebut.

Kerja sekolah banyak? No hal...time cikgu tiada kat kelas, buatlah...jangan tunggu kat rumah atau kat asrama, baru nak buat.

Rumah saya jauh...Banyak masa dihabiskan dalam perjalanan pergi balik ke sekolah aje? No hal...sediakan nota kecik anda, bacalah masa menunggu bas atau semasa dalam bas.  Nanti ada masa saya akan ceritakan macam mana nak buat nota kecik....bagi yang tak tahu nak buatlah..InsyaAllah. Bagi yang dah tahu, Alhamdulillah...teruskan usaha anda.

5. Anda perlu fokus semasa belajar dalam kelas, atau ketika belajar sendiri. Datuk Dr Fadzillah Khamsah berkata..anda akan berjaya terhadap apa yang anda fokus.

Belajar sambil mendengar muzik? Saya tak boleh belajarlah cikgu...mesti nak dengar muzik jugak..itulah pandangan sebahagian anak2 pelajar. Anda akan berjaya terhadap apa yang anda fokus, jadi macam mana anda nak fokus...

Fokus maksudnya anda gembelingkan semua pancaindera anda kepada satu arah...Telinga, mata, otak anda perlu diarahkan agar fokus kepada pembacaan.  Tapi macam mana nak fokus, sebab telinga dengar lain, mata lihat benda lain.

Samalah juga, minyak dan air takkan bercampur selamanya.  Yang lebih tepu akan ke bawah, yang ringan akan keatas.  Berat? Susah nak faham? Ilmu dan muzik, dalam satu masa bercampur baur...mana yang menang, itulah yang akan anda dapat.  Almost the time, muziklah yang paling menarik hati dan perasaan kan? So, fikirlah sendiri...

Saya rasa cukuplah dulu untuk kali ini, InsyaAllah kalau ada jodoh, ada umur..boleh kita jumpa lagi dalam entry yang lainlah pulak....semoga kecemerlangan dunia dan akhirat menjadi milik kita semua...
Wassalamualaikum...

Wednesday, April 6, 2011

Tayammum..

Soalan 1 :
Seseorang yang terlibat dalam kemalangan jalan raya sehingga menyebabkan kecederaan yang teruk pada anggota kakinya, berbalut dan tidak boleh kena air. Bagaimana caranya untuk berwuduk.

Jawapan :
Dia hendaklah berwuduk seperti biasa pada anggota badan yang tidak mendatangkan bahaya jika terkena air.  Manakala bahagian yang berbalut atau yang mendatangkan mudarat kalau terkena air, boleh diganti dengan tayammum.  Ini berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w, sila rujuk kitab Sunan Abu Daud dalam bab : Tayammum.

Soalan 2:
Bagaimana pula jika selesai dia solat dengan tayammum tadi, balutan pada anggota wuduk tadi dibuka dan boleh pula kena air.  Adakah dia perlu ulang semula solatnya?

Jawapan :
Jika waktu solat fardu itu masih panjang, wajiblah dia berwuduk dan mengulangi solatnya.  Jika waktu solat tersebut sudah tamat, wajib dia berwuduk untuk solat yang seterusnya....wallahu 'alam

Rujukan :
Soal jawab solat 2...ustaz Rohidzir Rais
Bimbingan Penghayatan dan Kesempurnaan Solat...ustaz Johari Yaman