klik...

Tuesday, May 11, 2010

tokoh-tokoh Islam tingkatan 4 dan 5

Carta Tokoh-tokoh Islam

PETA KONSEP TOKOH TINGKATAN 4 & 5

Nama /Gelaran

Tarikh/Tempat

Lahir

Bidang

Karya/Sumbangan

Catatan

Nukman b Thabit

- Keturunan Parsi

- Lahir dalam keluarga yang kaya/ peniaga kain

-Gelaran :

i. Imam Abu Hanifah – anaknya bernama Hanifah




80H/699M – 150H /767M

Kufah, Iraq




Hadis

& Fekah




- Mazhab Hanafi

- Feqah Akbar,

- Al-Faraidh

1. Kaedah menentukan hukum : Al-Qur’an dan as-Sunnah, Al-Ijmak, al-Qias, al-Istihsan dan al-‘Uruf

2. Ujian: Dipenjara dan disebat 100 kali dan dipenjara kerana menolak jawatan jurutulis dan hakim.

3. Ulamak pertama menyusun kitab fekah mengikut bab dan fasal

Malik b Anas b Malik b Amir al-Harith

- Datuknya :Malik b Amir : ulamak tabi’ien yang

terkemuka

- Moyangnya : Amir al-Harith : Sahabat dan berperang bersam dengan Rasulullah s.a.w

- Gelaran: Imam Malik





93H/713M – 179H /798M, Madinah





Hadis

& Fekah





- Mazhab Maliki

- Al-Muwattak

1. Sangat menghormati hadis : Beliau mandi, memakai pakaian bersih, bauan dan berserban sebelum menjawab soalan tentang hadis.

2. Bukti ketegasan: Menentang pendapat gabenor Madinah yang bertentangan dengan fatwanya, menegur khalifah Abu Jakfar al-Mansur kerana meninggikan suara dan sangggup dipukul untuk mempertahankan Islam

Muhammad b Idris b al-Abbas b Usman b Syafi’

- Gelaran :

i. Imam as-Syafi – sempen nama datuknya Syafi’ b Saib

ii. Bapa Usul feqah – orang yang pertama menulis dalam bidang tersebut – ar-Risalah




150H/767M – 204H /820M, Ghazzah, Palestine




Usul Feqah

Feqah

& Hadis




- Mazhab as-Syafie

- Kitab ar-Risalah

- Kitab al-Umm

- Kitab al-Masnad

1. Usia 10 tahun telah menghafaz kitab al-Muwattak

2. Kesungguhan dalam menuntut ilmu :

a) Sentiasa berada di samping gurunya semasa memberi syarahan,

b) menghafaz semua ilmu yang dipelajari,

c)dan mengembara untuk mencari ilmu.

3. Disiplin ilmu : 1/3 – menulis ilmu, 1/3 beribadah dan 1/3 untuk berehat

4. Mazhab as-Syafie- mazhab yang dinamik dan intelektual

Ahmad b Muhammad b Hanbal

- dari keluarga miskin

- suka bergaul dengan orang miskin

- Gelaran :

i. al-Hakam kerana menghafaz lebih 700,000 buah hadis dan berpengetahuan mendalam dalam ilmu hadis

ii. Imam Hanbali





164H/780M – 241H/855M, Baghdad





Hadis

Tafsir

& al-Qur’an





- Mazhab Hanbali

- Kitab al-Musnad

- Tafsir al-Qur’an

1. Mengerjakan solat sebanyak 300 rakaat pada setiap hari.

2. Khatam al-Qur’an setiap tujuh hari dan khatam pada setiap tujuh malam

3. Beliau adalah murid Imam as-Syafie dan guru kepada Imam al-Bukhari dan Imam Muslim dalam bidang hadis

Muhammad b Ismail b Ibrahim b al-Mughirah.

- ketika kecil berpenyakit mata dan sembuh selepas ibunya berdoa.

- Gelaran :

i. Amir al-Mukminin di kalangan ahli hadis kerana kealimannya dalam bidang hadis.

ii. Imam al-Bukhari








194H/810M – 256H/872M, Bukhara








Hadis








- Sahih al-Bukhari (7275 buah hadis sahih)

- Tarikh al-Kabir

- Tarikh al-Soghir

1. Syarat hadis sahih menurut Imam al-Bukhari :

a. Perawi hadis mestilah :

i.Mempunyai ingatan dan akal yang kuat

ii.Orang Islam

iii.Bersifat thiqah / boleh dipercayai

b. Sanadnya mestilah bersambung terus kepada Rasululllah s.a..w

2. Usaha gigih dalam mengumpul hadis :

a. sentiasa memohon petunjuk Allah

b. Kuat beribadah

c. Rajin menghafaz

d. Menghindari makanan haram atau syubhah

e.Sanggup mengembara dan bersusah payah

3. Tentang Imam alBukhari:

a.menulis kitab pada waktu malam

b. tidak makan makanan yang lazat

c. sentiasa menutup aib orang lain

Muhammad b Muhammad b Ahmad al-Ghazali at-Tusi

- Gelaran :

i. Hujjatul Islam – Kecekapan,kemasyhuran dan kekuatannya membela agama Islam

ii. Abu Hamad – anaknya bernama Hamad

iii. Al-Ghazali :

- Sempena nama tempat kelahirannya di Ghazalah

- Bapanya bekerja sebagai pemintal bulu kambing(al-Ghazal)








450H/1058M - 505H / 1111M

Tus, Khurasan(Iran)








Ahli Fikir Islam

Ahli Falsafah

Ahli Sufi








- Ihya’Ulumuddin

- Mizanul Amal

- Al-Minkiz Mina ad-Dhalalah

- Al-Wajiz

1. Pendokong al-‘Asyairah – Mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah

2. Jawatan yang pernah dipegang : Penasihat Agung Perdana Menteri Nizam al-Muluk dan pensyarah kanan Universiti Nizamiyah di Baghdad dan Naisabur

3. Kata-kata al-Ghazali:

" semua orang akan binasa kecuali orang yang berilmu, orang berilmu juga akan binasa kecuali berilmu, beramal dan ikhlas."

" Ilmu tanpa amal adalah SESAT, amal tanpa ilmu adalah SIA-SIA."

"Kehidupan dan kebahagiaan yang utama ialah MAKRIFATULLAH, BERIBADAH dan CINTA KEPADANYA, itulah matlamat yang sebenar."

Al-Husain b Abdullah b al-Hassan b Ali b Sina

-Gelaran :

i. Ibnu Sina

ii. Avicenna – di barat



370H/980M – 428H/1037

Afsyanah, Bukhara, Turkistan



Perubatan



- Al-Qanun Fi at-Tibb (Canon of Medicine)

- Al-Adawiyah al-Qalbiyah

- Al-Alfiah at-Tibbiah

1. Memperkenalkan metode observation/ pemerhatian dan analisis

2. Antara universiti yang menjadikan karyanya sebagai rujukan: Frankfurt University, University of Paris, dan Oxford University.

3. Penghargaan : Kolej Ibnu Sina, Indonesia dan Avicenna College.




Abdul Rahman b Muhammad b Muhammad

- Gelaran :

i. Ibnu Khaldun

ii. al-Faqih al-Jalil

iii. al-Allamah

iv. Imam al-A’immah







732H/1332M- 808H/1406M

Tunisia







Sejarah







- Muqaddimah Ibnu Khaldun

Pandangan/Prinsip:

1.Asas pembinaan tamadun : Keunggulan aspek kerohanian dan jasmani.

2. Tafsiran sejarah berdasarkan : saikologi, ekonomi, sosiologi, alam sekitar dan geografi

3. 4 syarat dalam membuat analisis sejarah :

a. Kaedah sebab musabbab

b. Peristiwa lalu sebagai iktibar

c. Pengaruh iklim dan alam sekitar

d. Pengaruh ekonomi dan budaya

4. Asas pembinaan Negara: Agama, ekonomi, dan akhlak pemimpin dan rakyat

5. Anugerah : University of Ibnu Khaldun, dan Ibnu Khaldun Chair of Islamic Studies

Sayyid Jamaluddin b Safdar al-Afghani

- Gelaran :

i. as-Sayyid : silsilah keturunan bersambung dengan Saidina Ali k.a

- keturunannya juga bersambung dengan Imam at-Tirmidzi (Ulama hadis)




1254H/1838M - 1314H/1897M

Asad Abad, Kabul, Afghanistan




Idea Islah

Menentang Penjajah




- Al-Amal al-Kamilah

- Ar-Rad ala ad-Dhariyin

- Majalah al-Urwatu al-Wusqa

1. Idea Islah : Pembaikan @ perubahan terancang kea rah yang lebih baik.

2. Idea Islah Sayyid Jamaluddin:

a. Perpaduan tanpa mengira bangsa dan budaya

b. Membasmi taqlid buta

c. Kembali kepada ajaran Islam yang tulen

d. Merdekakan tanah air / pemikiran

e. Jauhi fanatik mazhab

Muhammad b Abduh b Hassan Khairullah

- Gelaran : Muhammad Abduh

- 1882 dibuang negeri atas tuduhan

terlibat

dengan pemberontakan ‘Urabi

- 1896 pertemuan pertama dengan Sayyid

Jamaluddin al-Afghani.

- Jawatan: hakim Mahkamah rayuan, ahli

majlis pengurusan Univ. al-Azhar dan

mufti Mesir.

- Majalah : al-Urwatul al-Wusqa, al-

Waqa’ik al-Misriyyah dan al-Ahram





1265H/1849M-1314H/1905M

Tanta, Mesir





Idea Islah

Pengasas al-Ikhwan al-Muslimin





- Risalah at-Tauhid

- Tafsir Juz Amma

- Tafsir Surah al-Asr

Idea Islah :

1. Akidah ; kembali kepada ajaran Islam yang tulen serta disesuaikan mengikut zaman asalkan tidak bertentangan dengan al-Qur’an dan as-Sunnah, juga menolak taklid buta.

2. Ilmu : mengubah kurikulum dengan menggabungkan ilmu fardu ain /agama (ilmu naqli) dengan ilmu fardu kifayah (ilmu akli)

3. Pendidikan : wujudkan piawai dalam penganugerahan sijil, farmasi untuk pelajar, peruntukan gaji untuk guru, dan memperbaiki asrama pelajar

Metode Islah : Pengajaran, media massa, karya-karya ilmiah dan jawatan

Muhammad Tahir b Syeikh Muhammad b Ahmad Jalaluddin

- Gelaran :

i. as-Syeikh Tahir Jalaluddin

ii. al-Falaki – kemahirannya dalam ilmu falak

- Jawatan : guru, mufti dan nazir sekolah-sekolah agama.

- Idea islahnya mendapat penentangan daripada ulamak tradisional dan penjajah.

- 1927 dipenjarakan oleh Belanda






1869M – 1956M

Bukit Tinggi, Sumatera Barat






Idea Islah

Pengembang ilmu falak

Pejuang kemerdekaan






- al-Imam

Idea Islah :

1. Mengamalkan Islam berteraskan al-Qur’an dan as-Sunnah, bebas dari pengaruh khurafat/bid’aah

2. Menjauhi pengaruh negative barat

3. Mempelajari pelbagai bidang ilmu fardu ain dan fardu kifayah

4. Menolak taklid buta

Metode : akhbar, jawatan dan pengajaran

Hj Abdul Malik b Syeikh Abdul Karim b Syeikh Muhammad Amrullah (HAMKA)

- Jawatan : guru, pensyarah, rector penguruan tinggi, pegawai tinggi agama Indonesia

- Anugerah : Doktor Kehormat (1959 – Univ. al-Azhar), Professor (1960 – Univ Moestopo), dan Doktor Kehormat (1974 – UKM)





1908M – 1981 M

Minangkabau, Sumatera Barat




Idea Islah

Pejuang menentang penjajah




- Tafisr al-Azhar

- Falsafah Hidup

- Tenggelamnya Kapal Van der Wijck

- Di Bawah Lindungan Kaabah

Idea Islah :

1. Menentang khurafat, bid’aah dan tarikat kebatinan yang sesat.

2. Penentangan terhadap penjajah

3. Mengkritik kepincangan pentadbiran Kerajaan Indonesia.

Pertubuhan:

1. Hindia Timur – memberi pelajaran agama kepada Jemaah haji Indonesia

2. Anggota Muhammadiyyah

3. Kolej al-Muballighin

4. Majalah Khatib al-Ummah

5. Mengetuai Front Pertahanan Nasional

6. Majlis Syura Muslim Indonesia (MASYUMI)

jiejah@06