klik...

Showing posts with label pergaulan/muamalah. Show all posts
Showing posts with label pergaulan/muamalah. Show all posts

Wednesday, March 9, 2011

hukum menonton wayang gambar..

Soalan :
Saya nak tahu, apakah hukum menonton wayang? Ada orang kata ia HARAM kerana ia merupakan tempat yang bercampur dengan maksiat. Contoh pergi menonton wayang besama isteri filem Cicak Man. Bagaimana pula jika membeli DVD Cetak Rompak, dengan alasan bahawa menonton wayang adalah HARAM. Boleh sahabat al-ahkam huraikan.
Jawapan:
Kami akan menjawab soalan ini dengan kadar yang termampu, Insyaallah.
Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi pernah ditanyakan mengenai hukum menonton filem di pangung wayang, jawab beliau :
لا شك أن (السينما) وما ماثلها أداة هامة من أدوات التوجيه والترفيه، وشأنها شأن كل أداة فهي إما أن تستعمل في الخير أو تستعمل في الشر، فهي بذاتها لا بأس بها ولا شيء فيها، والحكم في شأنها يكون بحسب ما تؤديه وتقوم به.
وهكذا نرى في السينما: هي حلال طيب، بل قد تستوجب وتطلب إذا توفرت لها الشروط الآتية:
“Tidak syak lagi bahawa panggung wayang merupakan satu alat dari alat-alat pengarahan(directing) dan hiburan(entertainment), maka hal-ehwal (aktiviti) setiap alat ini dilihat samada digunakan untuk kebaikan atau keburukan. Maka ia diterima, dan tidak adalah masalah keatasanya. Maka hukum aktivitnya adalah menurut apa ia ambil dan lakukannya.
Oleh itu, hukum menonton wayang boleh jadi harus dan dibenarkan oleh Islam.Tetapi dalam situasi lain, menonton wayang juga boleh menjadi haram hukumnya.  
Sudah pastilah hukum yang harus itu, mesti menepati syarat-syarat .  
Jika syarat ini dapat dipatuhi, maka menonton wayang tidaklah di larang. Dr Ahmad Syarabasi mengatakan bahawa ia boleh dijadikan untuk memunafaatkan umat keseluruhannya, seperti menegakkan agama dan menunjukkan akhlak yang baik.


Syarat-syaratnya pengharusannya:-
1. Tajuk dan isinya tidak boleh bertentangan dengan Aqidah Islam, Akhlak dan Syariah. Ia tidak boleh mengandungi unsur seks, mengajak kepada jenayah, ajaran sesat dsbnya.
2. Menonton wayang tidak menghalang seseorang itu dari melakukan perkara wajib, seperti solat 5 waktu. Tidak boleh seseorang itu meninggalkan solat wajib, contohnya Maghrib semata-mata untuk menonton wayang. al-Quran memberi amaran keras kepada sesiapa yang berpaling dari mengingati Allah.
3. Elak daripada pergaulan bebas  diantara lelaki dan perempuan yang ajnabi (orang luar), elak dari fitnah dan juga bersyubhat, lebih-lebih lagi menonton didalam keadaan gelap.
——–
 Tetapi jika sekiranya syarat-syarat tersebut tidak dipenuhi atau berlaku penyalahgunaan yang boleh menggalakkan jenayah, seks, tekanan psikologi, etika dan korupsi sosial didalam masyarakat, maka hukumnya adalah haram dan dilarang.
Sekian, wassalam

link:

Sunday, February 27, 2011

Baju Bergambar..

Memakai baju bergambar

digg
Assalamualaikum ustaz,saya ingin bertanya apakah hukum kita memakai baju yang mempunyai gambar seperti haiwan dan manusia ketika solat.?Apakah ianya haram.Sebagai contoh memakai pakaian seragam yang mempunyai logo harimau malaya pada sisi poket.Mohon penjelasan
Jawapan:
Apabila kita mengadap Allah swt, kita hendaklah memakai pakaian yang sesuai. Pakaian yang mempunyai gambar-gambar makhluk bernyawa seperti binatang dan manusia hendaklah dijauhi kerana terdapat larangan dalam hadis riwayat al-Bukhari (3226) dan Muslim (2160) daripada Abi Talhah r.a bahawa Nabi s.a.w. bersabda : “Malaikat tidak memasuki rumah yang ada padanya gambar”.
Walaupun terdapat khilaf pada tafsiran gambar tersebut, namun menjauhinya adalah lebih utama kerana ada pendapat yang mengatakan haram seperti fatwa Anggota Lembaga Tetap Fatwa Arab Saudi menfatwakan tidak harus seseorang solat dengan memakai pakaian yang ada gambar benda-benda yang mempunyai roh seperti manusia, haiwan dan lain-lain. Dan tidak harus juga memakainya walaupun di luar solat. Adapun solat, maka sah solatnya dan ia berdosa. [RUJUK Fatwa al-Lajnah al-Da’imah 6/179] Lebih-lebih lagi kalau dalam solat jemaah kerana akan mengganggu kekhusyukan jemaah lain.
Tetapi jika gambar atau logo itu kecil, hukumnya tetap haram tetapi dimaaf pada syara’ kerana darurah, dengan syarat bukan untuk menunjuk-nunjuk pada orang. Tetapi adalah lebih baik dia memakai pakaian lain jika ada.
Sekian
Wallahu A’lam.
Disediakan oleh:
Ahli Panel Majlis Ulama ISMA:

link :

Sunday, February 20, 2011

Hukum bersalam

Soalan :
Lelaki dan wanita sekarang ini, apabila berjumpa mereka akan menghulurkan tangan untuk bersalam.  Kalau tidak disambut, nampak macam kurang adab. Bagaimanakah pandangan Islam tentang amalan ini?

Jawapan:
Kalau melihat kepada dalil-dalil al-Qur'an dan hadis, hukumnya adalah haram berjabat tangan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhram.  Cuma kalau orang sebelah tu dah hulurkan tangannya, pandailah nak mengelakkan diri, atau kalau tidak boleh dielakkan, berjabat tangan tu biarlah berlapik dan salamnya itu hujung2 jari ajelah dan sekejap sajalah.