BAB 1 : LAYANAN BAIK TERHADAP ORANG BUKAN ISLAM
(SURAH AT-TAUBAH : 6)
1. Hukum membaca ’Basmallah’ dan ’Isti’azah’
a. Hukum membaca ’Basmallah’ adalah sunat pada setiap awal surah, kecuali surah at-Taubah kerana surah ini diturunkan dalam kemurkaan Allah kepada orang-orang munafiq.
b. Hukum membaca ’Isti’azah’ ( ) adalah sunat muakkad setiap kali hendak memulakan bacaan al-Qur’an, sama ada di awal atau pertengahan ayat.
2. Perintah Allah Dalam Surah at-Taubah Ayat 6 :
a. Orang Islam wajib memberikan perlindungan atau bantuan kepada orang bukan Islam yang meminta bantuan.
b. Dalam tempoh tersebut, umat Islam perlu memberikan layanan yang baik dan menjelaskan tentang Islam sekiranya diminta.
c. Di samping perlindungan, mereka juga perlu ditempatkan di tempat yang aman dan selamat
3. Kepentingan Memberi Layanan Baik Kepada Orang Bukan Islam
a. Menarik perhatian mereka supaya mendekati dan memahami Islam
b. Suapaya mereka dapat melihat keindahan ajaran Islam
c. Umat Islam menjadi contoh dan teladan kepada umat lain.
d. Menjadi medium untuk menyebarkan Islam kepada mereka.
4. Strategi Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk:
a. Mengamalkan akhlak mulia/yang dianjurkan oleh Islam dalam perhubungan dan pergaulan.
b. Mewujudkan suasana yang aman dan harmoni dalam masyarakat.
c. Menggunakan teknologi modern dalam menyampaikan dakwah, contohnya media elektronik dan media cetak untuk menyempaikan mesej dakwah.
d. Mengadakan sesi perbincangan dengan baik untuk menjelaskan tentang ajaran Islam yang sebenar.
5. Islam : berasal daripada perkataan salam yang membawa maksud sejahtera, selamat, aman dan damai kerana Islam sentiasa menganjurkan perdamaian dan kebajikan kepada semua manusia.
6. Kesan Peperangan
a. Kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda
b. Kemajuan ekonomi terbantut
c. Kekuatan pertahanan negara berkurangan
7. Kebaikan Perdamaian
a. Rakyat hidup dalam keadaan selesa
b. Pembangunan negara dapat dikembangkan
c. Ekonomi negara akan kuat dan mantap
d. Pendidikan rakyat dapat diteruskan.
8. Pengajaran Ayat
a. Orang Islam wajib memberikan perlindungan kepada orang bukan Islam untuk menyampaikan ajaran Islam kepada mereka.
b. Kita wajib mengekalkan keamanan yang sedang dinikmati supaya kelestarian hidup generasi akan datang dapat diteruskan
c. Umat Islam wajib menunjukkan teladan yang baik kepada orang bukan Islam untuk membuktikan keindahan Islam.
9. Soalan Pengukuhan :
SPM 2007
a. Berdasarkan ayat di atas, apakah tujuan Islam memberi perlindungan kepada orang bukan Islam?(2m)
b. Cadangkan 2 cara memberi perlindungan kepada orang bukan Islam yang berminat ke arah Islam (4m)
c. Namakan 2 pertubuhan yang berperanan membantu orang yang baru memeluk Islam di Malaysia.(2m)
SPM 2005
a. Apakah sebab diperintahkan perlindungan tersebut.(2m)
b. Nyatakan bentuk perlindungan yang boleh diberikan.(2m)
c. Jelaskan 2 kesan positif perlindungan tersebut terhadap Islam.(4m)
Catatan :
BAB 2: NABI MUHAMMAD S.A.W UTUSAN ALLAH
(SURAH AT-TAUBAH AYAT 129)
1. Intisari ayat :
a. Nabi Muhammad s.a.w adalah utusan Allah.
b. Baginda amat mengambil berat tentang umatnya.
c. Baginda sangat kasih kepada orang-orang yang beriman.
d. Baginda akan meminta pertolongan daripada Allah sekiranya manusia menentang dakwah baginda.
2. Hikmah Nabi Muhammad dipilih di kalangan manusia:
a. Membuktikan bahawa syariat Islam mampu dilaksanakan oleh manusia
b. Memudahkan manusia menerima Islam
c. Memudahkan manusia mencontohi Rasulullah s.a.w
d. Memudahkan manusia berkomunikasi dengan Rasulullah s.a.w
3. Kasih Sayang Rasulullah s.a.w Terhadap Umatnya
a. Penentangan penduduk Taif terhadap Raulullah s.a.w – baginda menolak tawaran Jibril untuk memusnahkan kampung tersebut, sebaliknya baginda berdoa agar mereka diberikan hidayah oleh Allah
b. Menjelang kewafatan, baginda masih lagi berulang kali menyebut tentang umat baginda.
4. Amalan-amalan sebagai tanda mengasihi Rasulullah s.a.w:
a. Sentiasa berselawat ke atas baginda
b. Mengamalkan dan menghidupkan sunnah baginda
c. Melaksanakan segala ajaran baginda
d. Menegakkan syiar Islam di muka bumi.
5. Kelebihan Mengasihi Rasulullah s.a.w
a. Mendapat syafaat Rasulullah s.a.w
b. Mendapat petunjuk dan hidayah Allah/keberkatan
c. Kebahagiaan dunia dan akhirat
6. Tawakkal
a. Definisi : Berserah kepada Allah setelah berusaha
7. Peranan Tawakkal
a. Dapat mencapai kejayaan dan kemajuan
b. Menanam sifat sabar dan redha
c. Rajin berusaha dan bersungguh-sungguh
d. Tidak mudah berputus asa
8. Pengajaran Ayat :
a. Rasul diutuskan di kalangan manusia untuk membuktikan bahawa Islam mampu dilaksanakan oleh semua manusia
b. Kita hendaklah mengamalkan sunnah Rasulullah sebagai tanda kasihkan baginda
c. Bertawakkal adalah asas kejayaan dalam berdakwah.
9. Soalan Pengukuhan :
SPM 2009
a. Apakah maksud tawakkal?(2m)
b. Nyatakan dua cara anda mengasihi Rasulullah s.a.w (2m)
c. Terangkan 2 peranan tawakkal kepada pendakwah dalam menyampaikan ajaran Islam.(4m)
SPM 2006
a. Nyatakan 2 contoh kasih sayang Rasulullah s.a.w terhadap umatnya(2m)
b. Terangkan kepentingan tawakkal dalam berdakwah (2m)
c. Terangkan 2 sebab Allah SWT mengutus rasul dari kalangan manusia. (4m)
d. Sebagai seorang pelajar, bagaimanakah anda mencontohi sifat kasih sayang
Rasulullah s.a.w (2m)
SPM 2004
a. Jelaskan maksud tawakkal. (2m)
b. Bagaimanakah sifat tersebut dapat membantu kejayaan dakwah Islam ?(4m)
Catatan:
BAB 3 : BATAS-BATAS PERGAULAN
(SURAH AN-NUR AYAT 30 – 31)
1. Intisari ayat :
a. Allah memerintahkan mukmin lelaki dan perempuan supaya menjaga kehormatan diri serta menutup aurat
b. Mukmin dan mukminah diperintahkan juga supaya mengelakkan diri daripada melihat perkara mungkar
c. Mukminah diharamkan mendedahkan perhiasan diri kecuali yang zahir sahaja
d. Mukmin dan mukminah yang melakukan perkara tersebut hendaklah bertaubat
2. Kewajipan Memelihara Maruah dan Kehormatan Diri
a. Umat Islam diwajibkan menjaga maruah. Cara-cara menjaga maruah diri :
i. Tidak memandang perkara-perkara yang diharamkan
ii. Memelihara diri dengan menjauhi perkara-perkara maksiat
iii. Menutup aurat
b. Kelebihan/hikmah menjaga maruah diri:
i. Dipandang mulia oleh orang lain
ii. Mengelakkan berlakunya fitnah atau gangguan yang memudharatkan.
iii. Lahir masyarakat yang bermoral dan bermaruah
c. Batasan aurat
Aurat lelaki | Antara pusat hingga ke lutut |
Aurat perempuan | i. Bersama dengan perempuan Islam / muhrim : Antara pusat hingga ke lutut |
ii. Bersama dengan lelaki bukan muhrim : Seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan |
3. Pengajaran Ayat :
a. Wajib ke atas lelaki dan perempuan menghindari daripada melihat perkara-perkara yang diharamkan
b. Kita wajib menjaga kemaluan daripada perkara-perkara yang diharamkan seperti zina, liwat, onani dan sebagainya.
c. Haram bagi perempuan melakukan perkara yang boleh mendatangkan fitnah, contohnya berhias secara berlebihan.
d. Haram berpakaian ketat dan nipis yang boleh menampakkan bentuk badan.
4. Soalan Pengukuhan
SPM 2008
a. Siapakah yang dimaksudkan oleh Allah SWT supaya mengawal pandangan mata
dan memelihara maruah? (2m)
b. Nyatakan 2 cara mengawal pandangan mata.(2m)
c. Terangkan 2 usaha untuk menjaga batas pergaulan di kalangan ahli keluarga.(4m)
SPM 2006
a. Apakah yang dimaksudkan dengan menjaga pandangan?(2m)
b. Terangkan 2 kebaikan menjaga kehormatan diri (4m)
c. Nyatakan 2 hikmah Islam mewajibkan umatnya menutup aurat. (2m)
d. Bagaimanakah anda berpakaian menutup aurat menurut Islam (2m)
Catatan :
BAB 4 : HIDAYAH ALLAH SWT
(SURAH AN-NUR AYAT 35)
1. Pengertian Hidayah :
Cahaya petunjuk daripada Allah SWT yang membawa manusia ke jalan kebenaran dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.
2. Golongan yang mendapat hidayah Allah :
a. Sentiasa bertasbih dan bertahmid kepada Allah
b. Menjalankan urusan jual beli tanpa lalai daripada mengingati Allah
c. Mendirikan solat fardu dan sunat
d. Mengeluarkan zakat yang difardukan
e. Takut kepada pembalasan Allah di hari kiamat
3.
a. Menuntut ilmu supaya dapat membezakan antara baik dan buruk serta senang untuk menghayati ajaran Islam.
b. Beramal dengan ilmu supaya dapat membentuk hamba Allah yang soleh.
c. Zikrullah dapat melembutkan hati dan mudah menerima kebenaran.
4. Halangan menerima hidayah :
a. Berterusan dalam kejahilan
b. Tidak berusaha untuk menuntut ilmu
c. Tidak beramal dengan ilmu
d. Bersikap sombong dan tidak mahu menerima kelemahan diri
e. Melakukan maksiat
f. Memakan makanan haram
5. Kepentingan hidayah Allah SWT
a. Mendorong manusia melakukan kebaikan dan menjauhi kemungkaran
b. Sanggup berjihad dan berjuang kerana Allah
c. Sentiasa menjadikan Islam sebagai satu cara hidup
d. Sentiasa ikhlas dalam setiap pekerjaan.
6. Ciri-ciri kemukjizatan Al-Qur’an :
a. Gaya bahasa al-Qur’an yang sangat indah sehingga melemahkan sasterawan arab yang hebat pada masa itu.
b. Al-Qur’an mengandungi pelbagai jenis ilmu, termasuk yang berkaitan dengan alam ghaib. Ini membuktikan al-Qur’an bukan karangan Rasulullah s.a.w
c. Allah SWT mencabar manusia supaya mencipta satu surah seperti al-Qur’an namun tiada siapa pun yang mampu menandingi kehebatan al-Qur’an.
7. Ilmu fardu ain dan fardu kifayah:
| |
Ilmu yang wajib dipelajari bagi menyempurnakan agamanya Contohnya : | Ilmu yang wajib dipelajari oleh sebahagian umat Islam bagi menyempurnakan hubungan sesama manusia Contohnya : Ilmu perubatan |
8. Kepentingan ilmu kepada orang beriman :
a. Membezakan antara baik dan buruk
b. Melakukan ibadah dengan betul
c. Meningkatkan keimanan dan ketaqwaan
d. Memperoleh kebahagiaan dunia dan akhirat
9. Pengajaran ayat :
a. Hidayah Allah menerangi hati orang mukmin umpama cahaya yang menerangi alam
b. Manusia perlu berusaha bagi mendapatkan hidayah Allah
c. Menuntut ilmu adalah satu kewajipan dan salah satu
d. Kita wajib menguasai ilmu fardu ain dan fardu kifayah untuk menjadi pakar dalam kedua-dua bidang.
10. Soalan-soalan yang berkaitan :
a. Nyatakan kepentingan hidayah kepada seseorang .
b. Implikasi tidak mendapat hidayah Allah.
c. Jelaskan hujjah yang membuktikan bahawa al-Qur’an bukan kitab rekaan Nabi Muhammad saw.
d. Bagaimanakah cara untuk memperoleh hidayah Allah melalui al-Qur’an.
11. Info :
a. Khadijah binti Khuwailid r.a : isteri Rasulullah dan orang yang pertama memeluk Islam.
b. Istilah :
i. Tahlil :
ii. Takbir :
iii. Tasbih :
iv. Tahmid :
Catatan :
(SURAH AS-SAJDAH: AYAT 15-16)
1. Ciri-ciri Orang Beriman :
a. Sentiasa sujud kepada Allah
b. Sentiasa mengingati Allah/zikrullah
c. Tidak takbur/bersifat tawadduk
d. Melazimi qiamullalil
e. Menginfakkan harta untuk jalan Allah
2. Kelebihan-kelebihan amalan:
Amalan | Kelebihan |
Sujud kepada Allah | i. Jiwa akan tenang ii. Membentuk peribadi mulia iii. Menjauhkan godaan syaitan |
Zikrullah | i. Mendorong ke arah kebaikan ii. Ikhlas dalam beribadah iii. Tidak mengabaikan perintahNya |
Tidak takbur/ tawadhuk | i. Dikasihi oleh Allah dan orang ramai ii. Sentiasa taat dan patuh pada perintah Allah iii.Bersedia menerima kelemahan diri |
Melazimi qiamullalil | i.Sumber kekuatan rohani dan jasmani ii.Memantapkan keimanan dan ketakwaan iii.Melahirkan muslim berakhlak mulia |
Menginfakkan harta untuk jalan Allah | i. Membantu golongan fakir miskin ii.Membiayai program gerakan dakwah iii.Membantu pelajar-pelajar miskin untuk menyambung pelajaran. |
3. Orang yang beriman dan kufur
Kelebihan orang yang beriman | Keburukan orang yang kufur |
a. Tenteram dan tenang hidup | a. Dilanda kegelisahan dalam hidup |
b.Cenderung dan gemar melakukan amal ibadah | b. Berterusan melakukan maksiat |
c. Sabar dan tabah dalam kehidupan | c. Mudah berputus asa dan kecewa |
d.Disenangi oleh semua orang | d. Dibenci oleh masyarakat |
4. Kepentingan pembangunan berasaskan keimanan
a. Menghindari sifat-sifat mazmumah
b. Pembangunan yang memberi kebaikan/keuntungan untuk semua
c. Keindahan alam sekitar terpelihara
5. Akibat pembangunan yang tidak berlandaskan keimanan
a. Melahirkan individu yang bersifat tamak/mementingkan diri sendiri
b. Berlaku pelbagai bencana alam
c. Pelbagai masalah social akan wujud dalam masyarakat.
6. Jenis-jenis sujud:
Jenis | Sebab | Perlaksanaan |
Tilawah | Apabila membaca/mendengar ayat sajadah | Sekali sujud, di luar atau dalam solat |
Sahwi | - Menambah /mengurangkan rukun solat secara tidak sengaja - Meninggalkan sunat ab’ad secara sengaja atau tidak sengaja | Dua kali sujud, sebelum salam |
Syukur | Apabila mendapat nikmat atau terlepas daripada bala | Sekali sujud di luar solat |
7. Pengajaran ayat :
a. Umat Islam disunatkan membanyakkan selawat dan berzikir kepada Allah untuk melembutkan hati mukmin
b. Allah menjanjikan ganjaran yang besar kepada orang yang melazimi qiamullalil
c. Orang mukmin bersifat tawadhuk kerana mereka menyedari kekurangan diri berbanding kebesaran Allah
d. Islam menggalakkan kita mencari harta yang halal dan menginfakkan harta untuk jalan Allah
8. Catatan:
·
9.
SPM 2008
a. Apakah yang dimaksudkan ‘tidak takbur( ) dalam ayat di atas (2m)
b. Senaraikan 4 ciri orang yang beriman(4m)
c. Qiamullail ialah bangun malam untuk melakukan ibadah. Nyatakan 2 jenis ibadah semasa qiamullail (2m)
SPM 2004
a. Nyatakan 2 ciri orang yang beriman yang terdapat dalam ayat di atas. (2m)
b. Jelaskan 2 cara berdoa seprti yang disarankan dalam ayat di atas.(4m)
c. Terangkan 2 kebaikan menghayati budaya infak dalam masyarakat (4m)
Catatan :
BAB 6 : KEMULIAAN AL-QUR’AN
(SURAH AL-HASYR : AYAT 21-24)
1. Keistimewaan al-Qur’an :
a. Mukjizat agung Rasulullah s.a.w
b. Kandungan al-Qur’an lengkap, merangkumi semua aspek kehidupan manusia
c. Ajarannya sesuai dilaksanakan untuk semua bangsa, tempat dan masa
d. Terpelihara daripada sebarang perubahan dan penyelewengan hingga kiamat
e. Tiada makhluk yang dapat menandingi keindahan bahasanya.
f. Membimbing manusia menuju kebahagiaan dunia dan akhirat
d. Setiap huruf yang dibaca dikira ibadah dan diberi pahala.
2.
e. Istiqamah dalam membaca al-Qur’an
f. Memahami dan mengamalkan kandungan al-Qur’an dalam kehidupan seharian
g. Sentiasa mempelajari dan mendalami isi kandungan al-Qur’an
h. Membawa al-Qur’an dengan bertajwid dan bertaranum
3.
a. Ar-Rahman ( b. Ar-Rahim( c. Al-Malik ( d. Al-Quddus ( e. As-Salam ( f. Al-Mukmin (Maha Pemelihara Keamanan) g. Al-Muhaimin ( h. Al-Aziz ( i. Al-Jabbar ( j. Al-Mutakabbir ( k. Al-Khaliq ( l. Al-Bari’ ( m. Al-Musawwir ( Al-Hakim ( |
4.
a. Pokok, batu dan haiwan sentiasa bertasbih kepada Allah dengan
b. Matahari dan bulan/ alam cakerawala patuh dengan beredar di paksinya mengikut ketentuan Allah.
c. Tumbuhan tumbuh, berbunga dab berbuah mengikut musim yang telah ditetapkan oleh Allah
d. Musim panas, tengkujuh dan sejuk berubah mengikut ketentuan Allah
5. Perbandingan antara bukit dan orang yang engkar kepada Allah SWT
a. Persamaan antara bukit dan orang engkar : Bukit kuat dan keras, sukar untuk dihancurkan. Manakala orang yang engkar juga mempunyai hati yang keras dan susah untuk menerima kebenaran serta bersikap kasar.
b. Perbezaan antara bukit dan orang yang engkar : Bukit boleh hancur musnah dengan kehebatan al-Qur’an dan kerana takutkan Allah SWT. Manakala orang yang engkar pula sombong dan tidak takut apabila dibacakan ayat Allah
6. Pengajaran ayat :
a. Allah SWT memerintahkan kita supaya mengambil iktibar daripada peringatan-peringatanNya yang terdapat dalam al-Qur’an
b. Gunung ganang yang kuat dan kukuh akan runtuh sekiranya diturunkan al-Qur’an keatasnya kerana keagungan al-Qur’an
c. Haiwan dan tumbuhan sentiasa tunduk dan bertasbih kepada Allah SWT.
d. Allah SWT Maha Mengetahui perkara-perkara ghaib
e. Allah SWT memiliki nama yang agung lagi suci supaya manusia mengambil iktibar daripada nama-nama tersebut.
7.
SPM 2005
Dalam ayat di atas Allah SWT membuat contoh perbandingan antara manusia dengan bukit apabila diturunkan al-Qur’an
a. Apakah yang anda faham dengan perbandingan tersebut?
b. Nyatakan empat Asmaul Husna yang terdapat dalam ayat tersebut.
c. Terangkan maksud potongan ayat berikut :
Catatan :
SPM 2007
a. Berdasarkan ayat di atas, senaraikan empat Asmaul Husna.
b. Terangkan dua keistimewaan al-Qur’an
SPM 2009
a. Mengapakah digambarkan gunung akan hancur apabila diturunkan al-Qur’an kepadanya? (2m)
b. Nyatakan 2 cara menghayati al-Qur’an
c. Terangkan 2 keistimewaan al-Qur’an
BAB 7 : KEHIDUPAN DIDUNIA IBARAT SEORANG PERANTAU
1. Intisari Hadis :
a. Dunia ini adalah tempat persinggahan untuk menuju akhirat
b. Dunia adalah tempat untuk mencari bekal
c. Seorang muslim wajib menghargai masa dan tidak melengah-lengahkan.
2. Kehidupan di Dunia Adalah Sementara
a. Realiti hidup dunia :
i. Hidup dunia terlalu singkat berbanding akhirat
ii. Dunia tempat manusia mencari bekalan /amalan untuk kehidupan akhirat
iii. Manusia tidak boleh leka dengan nikmat dunia hingga melupakan tempat tujuan asal iaitu akhirat.
b. Persamaan antara kehidupan dunia dan perantau:
i. Mempunyai tempat tuju/destinasi
Perantau : kampung halaman
Dunia : akhirat
ii. Tempoh yang singkat : tidak kekal
iii. Bekalan
Perantau: dlm bentuk material @ keperluan asas
Dunia : sebagai tempat mencari bekal untuk akhirat
3. Teknik Pengurusan Masa Secara Efektif
a. Merancang penggunaan masa dengan aktiviti yang berfaedah : masa beribadah, mengulang kaji, berehat.
b. Menyegerakan tugasan atau kerja
c. Menentukan wawasan hidup supaya menjadi insan yang lebih berdisiplin.
d. Menyediakan jadual peribadi dan menepatinya.
4. Kelebihan Menyegerakan Segala Urusan Kehidupan
a. Dimuliakan Allah dan RasulNya
b. Urusan dapat disempurnakan dengan berkualiti dan mengikut jadual
c. Menyumbang ke arah kemajuan negara kerana lebih produktif dan hasil kerja yang lebih berkualiti.
5. Implikasi menangguhkan kerja @ urusan :
a. Hidup dalam keadaan resah dan gelisah
b. Hasil kerja yang tidak berkualiti, produktiviti menurun
c. Tidak disukai majikan dan orang sekeliling.
6. Bekalan-bekalan Untuk Hari Akhirat
a. Taqwa
b. Amal ibadah yang fardu
c. Amalan sunat
d. Menjaga hubungan baik sesama manusia.
7. Pengajaran Hadis
a. Tempoh kehidupan manusia di dunia terlalu singkat berbanding kehidupan di akhirat yang kekal abadi.
b. Manusia hendaklah menggunakan tempoh kehidupan di dunia sebaik mungkin
c. Islam melarang kita menangguh-nangguhkan urusan kehidupan.
d. Seorang muslim hendaklah menguruskan masanya dengan bijak.
8. Soalan Pengukuhan
SPM 2004
a. Berdasarkan hadis di atas, jelaskan 3 cara anda menguruskan masa belajar dengan baik. (6m)
SPM 2005
a. Nyatakan 2 bentuk nasihat yang boleh dijadikan amalan untuk hidup bahagia di dunia dan akhirat. (4m)
b. Terangkan maksud potongan hadis berikut : (2m)
SPM 2006
a. Apakah maksud perantau dalam hadis di atas?(2m)
b. Nyatakan dua cara pengurusan masa yang dituntut dalam hadis (2m)
c. Nyatakan 2 amalan yang perlu untuk bekalan ke akhirat (2m)
SPM 2007
a. Berdasarkan hadis di atas, huraikan pernyataan ”dunia ialah tempat persinggahan” (2m)
b. Rasulullah s.a.w juga berpesan supaya membuat persediaan untuk hari akhirat. Nyatakan pesanan Rasulullah s.a.w yang lain.(2m)
c. Nyatakan akibat mengabaikan pesanan Rasulullah s.a.w (2m)
SPM 2008
a. Nyatakan 2 amalan yang sewajarnya dilakukan semasa sihat.(2m)
b. Nyatakan 2 cara pelajar menguruskan masa yang bijak. (2m)
c. Terangkan kebaikan menguruskan masa dengan bijak.(4m)
BAB 8: ORANG BERIMAN KEKASIH ALLAH
1. Intisari Hadis :
a. Allah mengharamkan permusuhan dengan orang yang beriman dan bertaqwa
b. Untuk mencapai kedudukan yang tinggi di sisi Allah kita mesti mentaati segala perintahNya dan memperbanyakkan amalan sunat.
c. Apabila seseorang itu dikasihi oleh Allah, akan diberi petunjuk kepadanya untuk melakukan kebaikan serta memperkenankan doanya.
2. Wali Allah
a. Takrif : manusia biasa yang beriman, bertqwa, beristiqamah melaksanakan segala perintah Allah dan menjauhi laranganNya secara zahir dan batin.
3. Ciri-ciri Orang Soleh
a. Mempunyai ilmu yang tinggi tentang Allah
b. Sentiasa beramal dengan ilmu secara ikhlas dan istiqamah untuk mencapai darjat tertinggi di sisi Allah
c. Mempunyai akhlak yang mulia/mahmudah, contohnya : bertolak ansur, bersangka baik dan suka membantu.
4. Amalan-amalan Sunat Yang Boleh Mendekatkan Diri kepada Allah:
a. Solat sunat
b. Puasa sunat
c. Membaca al-Qur’an
d. Berzikir
e. Berdoa
5. Kelebihan-kelebihan Orang Yang Melakukan Ibadah Nawafil.
a. Ibadah Nawafil?
i. Amalan-malan sunat seperti solat dhuha, puasa enam hari dalam bulan syawal.
b. Kelebihan-kelebihan Orang Yang Melakukan Ibadah Nawafil.
i. Disayangi Allah dan Rasul
ii. Allah memelihara segala anggotanya daripada melakukan perkara maksiat.
iii. Dapat merasai nikmat kemanisan ibadah
iv. Allah memakbulkan doanya.
6. Pengajaran Hadis.
a. Orang mukmin wajib melaksanakan segala perkara yang difardukan keatasnya dengan penuh ketaatan.
b. Kekasih Allah ialah orang mukmin yang melakukan banyak ibadah nawafil
c. Orang yang hampir kepada Allah ialah orang mukmin yang berilmu, beramal dan berakhlak mulia.
d. Allah memperkenankan doa orang yang hampir kepadanya.
7. Soalan-soalan Pengukuhan :
SPM 2005
a. Nyatakan jenis-jenis amalan tersebut.(2m)
b. Jelaskan dua kelebihan seseorang yang menjadi kekasih Allah SWT.(4m)
SPM 2006
a. Nyatakan 3 kelebihan orang yang melakukan ibadah nawafil seperti dalam hadis di atas.(3m)
b. Senaraikan 3 contoh ibadah nawafil yang perlu anda amalkan untuk menjadi pelajar yang diredhai Allah SWT.(3m)
SPM 2007
a. Apakah maksud wali Allah SWT(2m)
b. Berdasarkan hadis di atas, apakah amaran Allah SWT kepada mereka yang memusuhi wali-Nya. (2m)
c. Senaraikan empat amalan yang dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT.(4m)
SPM 2008
a. Siapakah yang dimaksudkan wali Allah SWT?(2m)
b. Nyatakan dua amalan sunat yang dimaksudkan dalam hadis.(2m)
c. Terangkan 2 pengajaran hadis yang dapat anda amalkan dalam kehidupan seharian.(4m)
SPM 2009
a. Nyatakan 2 contoh amalan wajib dan dua contoh amalan sunat.(4m)
b. Jelaskan 2 kelebihan bagi orang yang melakukan amalan sunat.(4m0
TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN ILMU INI,SEMOGA ANDA DIBERKATI ALLAH S.W.T.BOLEH SAYA GUNA UNTUK PELAJAR SAYA TAK?
ReplyDeletesaya tidak menjumpai tajuk:HIDAYAH TERAS KEHIDUPAN,
ReplyDeleteADAKAH SAYA TERSALAH LIHAT?
TERIMA KASIH
Syukran jazilan kerana telah mewujudkan blog ini :D , izinkan copy .
ReplyDeletePelajaran 4 Hidayah Allah@Nur Razlin
ReplyDeletexde jawapan ke
ReplyDeletexde jawapan ke
ReplyDeleteOi beater
DeleteTQ. SGT BERGUNA SEMOGA DIBERKATI ALLAH DAN DIPERMUDAH URUSAN
ReplyDeleteTq atas perkongsian ilmu banyak membantu. Semoga diberkati Allah SWT.
ReplyDeleteTq for making this blog
ReplyDeleteTq for making this blog
ReplyDeleteThank u❤
ReplyDeleteIzinkan saya untuk copy
ReplyDeleteThanks for make this blog...its make easy to learn for my trial and my real spm
ReplyDeleteThanks for make this blog
ReplyDelete